Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519919
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorQuar Tian Kar, Dr.-
dc.contributor.authorNur Azyani Amri (P87536)-
dc.date.accessioned2023-10-17T09:30:57Z-
dc.date.available2023-10-17T09:30:57Z-
dc.date.issued2022-09-01-
dc.identifier.otherukmvital:126927-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519919-
dc.descriptionAmalan verifikasi alat bantu pendengaran (ABP) menggunakan prob-mikrofon (PM) merupakan salah satu protokol pemasangan ABP bagi membantu mencapai ketepatan pemasangan ABP (fit-to-targets) dan performa auditori.Walaupun begitu kajian-kajian lepas mendapati audiologis secara umumnya tidak melakukan amalan tersebut secara rutin. Kajian yang mengkaji amalan verifikasi ABP di kalangan audiologis tempatan serta hubungan amalan verifikasi dan performa auditori di kalangan kanak-kanak adalah terhad. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan verifikasi ABP menggunakan PM bagi kanak-kanak di kalangan audiologis tempatan, serta kesan pengunaan PM ke atas ketepatan ABP mencapai sasaran preskriptif (fit-to-targets) dan performa auditori kanak-kanak. Kajian 1 berbentuk survei di mana soal selidik diedarkan di kalangan 108 audiologis di sekitar Lembah Klang untuk menyelidiki amalan dan praktis semasa amplifikasi ABP terutama berkaitan penggunaan PM sebagai alat verifikasi ABP kanak-kanak. Kekerapan amalan, akses kepada peralatan PM, protokol yang diamalkan, halangan-halangan yang dihadapi serta persepsi audiologis terhadap faedah amalan PM turut dikenalpasti. Kajian 2 pula merupakan kajian pengukuran berulang di kalangan 68 subjek kanak-kanak (repeated measures, within subjects) yang melibatkan 119 pemasangan ABP. Output ABP bagi pemasangan ABP semasa diukur menggunakan PM dan sekiranya tersasar dari sasaran preskriptif, akan diubahsuai dan dipadankan menghampiri sasaran formula preskriptif DSL v5 Child dalam julat ±5dB. Ketepatan pemasangan ABP diukur menggunakan ralat RMS dan perbezaan pada setiap frekuensi yang diuji. Manakala performa auditori kanak-kanak diukur menggunakan Indeks Kejelasan Pertuturan (Speech Intelligibility Index [SII]), ujian rekognisi pertuturan di dalam keadaan senyap dan bising serta penilaian subjektif yang merangkumi laporan ibu bapa menggunakan borang soal selidik PEACH serta pemilihan subjektif subjek (preference). Performa auditori (SII, ujian rekognisi pertuturan dan borang kaji selidik PEACH) akan dinilai sebelum dan selepas verifikasi dilakukan. Di akhir kajian, subjek akan membuat pemilihan mengenai pemasangan ABP yang mereka gemari. Keputusan menunjukkan bahawa pengukuran PM tidak diamalkan secara rutin oleh audiologis di Malaysia. Di antara halangan utama yang dihadapi oleh audiologis adalah infrastruktur yang tidak lengkap, kekangan masa, pengetahuan, kemahiran dan keyakinan yang rendah untuk melakukan prosedur verifikasi menggunakan PM. 50% pemasangan ABP kanakkanak yang dipakai semasa kajian dilakukan, adalah tidak mencapai tahap pemasangan yang optimal (ralat RMS adalah melebihi julat ±5dB). Selepas verifikasi ABP dilakukan menggunakan pengukuran PM, didapati ralat RMS dapat dikurangkan dengan signifikan. Peningkatan fit-to-targets ini seterusnya menghasilkan peningkatan kebolehdengaran pertuturan (SII) pada tahap input 50, 65 dan 75BSPL. Selain itu performa auditori yang diukur menggunakan ujian rekognisi pertuturan dan skor PEACH turut menunjukkan peningkatan selepas output ABP dipadankan menghampiri sasaran preskriptif. Daripada 42 kanak-kanak, 21 (50%) memilih pemasangan ABP yang telah diverifikasi, 4 (10%) kanak-kanak memilih pemasangan asal yang telah dipakai sebelum kajian dilakukan manakala 17 (40%) adalah berkecuali di dalam membuat pilihan. Kesimpulannya verifikasi ABP menggunakan PM perlulah diamalkan oleh audiologis di dalam rutin klinikal harian bagi mengoptimakan pemasangan ABP yang seterusnya menghasilkan peningkatan performa auditori pada kanak-kanak,Ijazah Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHearing Aids-
dc.subjectPediatrics-
dc.subjectAudiologists-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAmalan verifikasi alat bantu pendengaran dan hubungannya dengan kualiti pemasangan alat bantu pendengaran serta pencapaian performa auditori kanak-kanak-
dc.typeTheses-
dc.description.notese-tesis-
dc.format.pages260-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126927+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.