Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519917
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zahara Abdul Manaf, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Suraiya Abu Hassan Shaari (P65535) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T09:30:57Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T09:30:57Z | - |
dc.date.issued | 2021-11-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:125626 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519917 | - |
dc.description | Terapi pemakanan dan pemantauan kendiri sangat penting dalam pengurusan pesakit diabetes melitus gestasi (GDM). Dewasa ini, Mobile health (mHealth) digunakan dengan meluas dalam pelbagai aspek kesihatan termasuk dalam pengurusan pesakit GDM. Walau bagaimanapun, aplikasi telefon pintar bercirikan pendidikan dan fungsi pemantauan kendiri sangat terhad bagi pendidikan pemakanan GDM di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk membangun dan menentukan kesan intervensi aplikasi telefon pintar Diet4diabeticmum© sebagai alat pendidikan pemakanan dalam kalangan pesakit GDM. Kajian ini terdiri daripada 3 Fasa; Fasa 1 merupakan kajian kualitatif bagi menentukan keperluan maklumat dan faktor halangan dalam pengurusan kendiri pesakit GDM. Fasa 2 adalah fasa pembangunan aplikasi telefon pintar Diet4diabeticmum© serta penilaian penerimaan aplikasi tersebut. Ujian tahap penerimaan dan kebolehgunaan telah dilakukan oleh pesakit GDM (n = 20), profesional kesihatan (n = 9) dan pakar teknologi maklumat (n = 1). Fasa 3 merupakan kajian kuasieksperimen yang dijalankan di dua klinik kesihatan terpilih di Lembah Klang dan Negeri Sembilan bagi menentukan kesan intervensi Diet4diabeticmum© selama 12 minggu terhadap kawalan glisemik, pengetahuan dan amalan pemakanan dalam kalangan pesakit GDM yang berumur 20 hingga 40 tahun. Kumpulan intervensi (n = 22) menerima kaunseling pemakanan piawai daripada pegawai dietetik serta perlu menggunakan aplikasi telefon pintar Diet4diabeticmum© selama 12 minggu manakala kumpulan perbandingan (n = 32) hanya menerima kaunseling pemakanan piawai daripada pegawai dietetik sahaja. Dapatan kajian Fasa 1 menunjukkan terdapat jurang pengetahuan pemakanan dalam kalangan pesakit GDM. Hasil kajian Fasa 2 mendapati aplikasi Diet4diabeticmum© diklasifikasikan sebagai 'Baik' berdasarkan soal-selidik Tool to Evaluate Material Used in Patient Education (TEMPtEd) yang diubahsuai dengan purata nilai min 66.2 ± 5.0 (ahli profesional) dan 61.4 ± 6.9 (pesakit GDM). Ujian kebolehgunaan menggunakan soal selidik System Usability Scale (SUS) menunjukkan subjek kajian bersetuju aplikasi ini dikategorikan sebagai memuaskan. Hasil kajian Fasa 3 menunjukkan intervensi aplikasi Diet4diabeticmum© memberikan kesan intervensi terhadap pengawalan kenaikan berat badan (p < 0.05) dan pengambilan lemak (p < 0.05). Manakala secara tidak langsung kesan masa yang signifikan dilihat pada penurunan aras HbA1c dan peratus pengambilan tenaga daripada protein (p < 0.05). Kesan kumpulan signifikan juga secara tidak langsung didapati bagi aras glukosa darah berpuasa (FBS) (p < 0.05), pengurangan peratus tenaga daripada lemak serta skor domain prinsip pengurusan kendiri (p < 0.05). Kesimpulannya, terdapat percanggahan perspektif dalam aspek pengurusan kendiri antara pesakit GDM dan ahli profesional kesihatan dan terdapat jurang pengetahuan pemakanan dalam kalangan pesakit GDM. Kajian ini menghasilkan aplikasi telefon pintar Diet4diabeticmum© untuk pengurusan pesakit GDM yang pertama di Malaysia dengan modul berbentuk informatif dan konsep pemantauan kendiri yang diterima baik oleh kedua-dua kumpulan subjek kajian. Aplikasi telefon pintar Diet4diabeticmum© yang dihasilkan daripada kesinambungan hasil kajian keperluan dalam Fasa 1 dan penilaian penerimaan serta kebolehgunaan dalam Fasa 2 adalah berkesan dalam mengawal kenaikan berat badan dan pengambilan lemak tetapi tidak menunjukkan kesan intervensi yang signifikan terhadap parameterparameter lain. Aplikasi ini berpotensi untuk digunakan sebagai pelengkap kaunseling pemakanan pesakit GDM.,Ijazah Doktor Falsafah | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Diabetes | - |
dc.subject | Gestational | - |
dc.subject | Nutrition | - |
dc.title | Pembangunan dan kesan pendidikan pemakanan menggunakan aplikasi DIET4DIABETICMUM� terhadap kawalan glisemik, pengetahuan dan amalan pemakanan dalam kalangan pesakit diabetes melitus gestasi | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 377 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125626+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.