Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519914
Title: | Kajian kesan neuroperlindungan makanan fungsian campuran terhadap gangguan fungsi kognitif tikus aruhan beta-amiloid dan mekanismenya |
Authors: | Nur Hasnieza Mohd Rosli (P86251) |
Supervisor: | Nor Fadilah Rajab, Prof. Dr. |
Keywords: | Cognitive Aging Dietary Supplements Alzheimer Disease Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-Mar-2021 |
Description: | Penyakit Alzheimer (AD) merupakan penyakit neurodegeneratif yang menyebabkan gangguan pada memori dan fungsi kognitif. Di Malaysia, sesetengah pengeluar produk telah memasarkan produk campuran makanan fungsian dan mendakwa produk mereka mempunyai manfaat kesihatan termasuklah dalam memperbaiki memori bagi menarik minat pengguna. Walau bagaimanapun, kesan neuroperlindungan oleh kombinasi makanan fungsian ini masih belum diterokai. Tiga fasa kajian telah dijalankan dalam penyelidikan ini bagi merungkai dakwaan berkaitan dengan makanan fungsian komersial di pasaran. Dalam Fasa I, lima produk makanan fungsian campuran (MFF) komersial telah dianalisa dan dilabel sebagai produk A - E untuk perlindungan hak cipta. Hasil kajian Fasa I mendapati produk A mempunyai jumlah kandungan fenolik dan kapasiti antioksidan yang tinggi berbanding dengan produk B - E (p < 0.05) menggunakan asai Folin-Ciocalteu, penurunan kapasiti antioksidan ferik (FRAP) dan 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH). Produk A telah dipilih untuk dikaji dan digunakan pada fasa seterusnya menggunakan model haiwan. Pengoptimuman dos MFF (produk A) dan Aβ-42 telah dijalankan dalam Fasa II dengan asai MDA, SOD, GSH serta ujian tingkah laku. Pengoptimuman dos MFF telah dijalankan menggunakan dos 1, 2 dan 4 ml/kg berat tikus. Hasil kajian mendapati pada dos 4 ml/kg, berlaku penurunan MDA yang menunjukkan berlakunya kompensasi terhadap gangguan tekanan oksidatif. Bagi pengoptimuman dos Aβ-42, dos Aβ-42 yang digunakan adalah 0.05, 0.1 dan 0.2 μg/μl Aβ-42. Pada dos 0.2 μg/μl Aβ-42, berlaku peningkatan aras Aβ-42 dalam otak tikus yang memberi kesan kepada memori ruang kerja. Oleh itu, MFF pada dos 4 ml/kg dan Aβ-42 pada dos 0.02 μg/μl telah dipilih untuk kajian seterusnya pada Fasa III. Dalam Fasa III, kesan neuroperlindungan MFF (produk A) terhadap tikus aruhan Aβ-42 telah dianalisa. Sebanyak 45 ekor tikus dibahagikan secara rawak kepada lima kumpulan iaitu NC (rawatan nomal salin + suntikan PBS), Abeta (rawatan normal salin + suntikan 0.2 μg/μl Aβ-42), MFF (4 ml/kg MFF + suntikan PBS), Abeta-MFF (4 ml/kg MFF + 0.2 μg/μl Aβ-42) dan Abeta-NAC (150 mg/kg N-asetilsisteina + 0.2 μg/μl Aβ-42 sebagai kawalan positif). Pemberian MFF dan N-asetilsisteina (NAC) diberikan selama 30 hari dan suntikan Aβ-42 secara intraserebroventrikular adalah selama 14 hari menggunakan pam osmotik Alzet. Parameter yang diukur adalah aras Aβ-42, ujian tingkah laku, kerosakan oksidatif, perantara inflamatori, metabolomik dan morfologi otak. Hasil kajian mendapati rawatan MFF berjaya menurunkan aras Aβ-42, IL-1β, IL-10 dan meningkatkan aras Nrf2 (p < 0.05) berbanding dengan kumpulan Abeta. Berdasarkan analisis metabolomik, MFF menunjukkan kesan neuroperlindungan melalui tapak jalan metabolisme asid amino dan tenaga. Pencerapan histologi mendapati rawatan MFF dapat memperbaiki struktur sel dan jasad Nissl berbanding dengan kumpulan Abeta. Ini menunjukkan bahawa rawatan MFF dapat memperbaiki kerosakan sel yang disebabkan oleh Aβ-42. Secara keseluruhan, hasil kajian ini mendapati MFF berpotensi sebagai agen neuroprotektif dalam pencegahan AD melalui tapak jalan metabolisme asid amino dan tenaga, yang seterusnya menyebabkan berlaku perencatan pengaktifan mikroglia dan inflamasi.,Ijazah Doktor Falsafah |
Pages: | 285 |
Call Number: | WT145.N974k-2021-9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124020+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.