Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519910
Title: Kajian kesan ekstrak clinacanthus nutans terhadap persekitaran mikro tumor kanser payudara triple-negative (TNBC)
Authors: Fariza Juliana Nordin (P79520)
Supervisor: Nor Fadilah Rajab, Prof. Dr.
Keywords: Breast Neoplasms
Chemotherapy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Aug-2021
Description: Kanser payudara triple-negatif (TNBC) menunjukkan kadar penyakit berulang dan kematian tinggi berbanding jenis kanser lain. Ini disebabkan oleh pilihan rawatan TNBC yang terhad kepada kemoterapi sahaja. Clinacanthus nutans (Acanthaceae) (CN) adalah herba yang digunakan secara tradisional untuk merawat kanser payudara. Bukti menunjukkan CN berpotensi sebagai agen antikanser namun masih wujud jurang pengetahuan tentang kesannya terhadap persekitaran mikro tumor. Maka, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan ekstrak CN terhadap tahap keradangan dalam nic tumor dan pertumbuhan sel TNBC. Ujian penyaringan fitokimia kualitatif dan pemprofilan berpandu kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) dilakukan untuk menyaring kompaun aktif dalam ekstrak CN. Data menunjukkan CN mengandungi saponin, alkaloid, fenol dan tanin, flavonoid, terpenoid, glikosida, dan steroid. Ekstrak etanol didapati mengandungi schaftoside, isoorientin, orientin, isovitexin dan vitexin. Namun, kesemua kompaun ini tidak ditemui dalam ekstrak akues. Walaupun ekstrak etanol CN tidak menunjukkan nilai IC50, ekstrak ini menyebabkan kematian sel sehingga 40% berbanding jenis ekstrak yang lain. CN tidak dapat menghalang migrasi sel MDA-MB-231 melalui asai penyembuhan luka. Ko-kultur MDA-MB-231/THP-1 dilakukan untuk mengkaji pengekspresan IL-1β, IL-6, dan TNF-α menggunakan asai ELISA. Didapati bahawa aras IL-1β oleh ekstrak etanol adalah 28% dan 44% lebih rendah masing-masing bagi ekstrak etanol dan akues berbanding kawalan LPS (p<0.05). Aras IL-6 pada sel terawat ekstrak etanol 17% lebih rendah berbanding ekstrak akues dan kawalan LPS (p<0.05). Aras TNF-α pada sel terawat ekstrak etanol adalah 12% lebih rendah berbanding kawalan LPS. Namun ekstrak akues menunjukkan 38% peningkatan aras TNF-α dalam medium kultur berbanding kawalan LPS (p<0.05). Kesan antitumor CN dikaji menggunakan mencit atimik yang menggalas tumor bersaiz ~100 mm3. Keputusan menunjukkan isipadu tumor pada mencit terawat ekstrak etanol (129.48 ± 79.11 mm3) dan ekstrak akues (157.13 ± 50.69 mm3) telah direncatkan secara signifikan berbanding kawalan negatif (482.62 ± 62.60 mm3) (p<0.05). Isipadu tumor relatif (RTV) menunjukkan pertumbuhan tumor terbantut selepas rawatan ekstrak etanol (RTV 1.03 ± 0.67) dan ekstrak akues (RTV 1.52 ± 0.34) (p<0.05). Nisbah pertumbuhan tumor relatif (T/C) ekstrak etanol dan akues masing-masing adalah 20.21 ± 12.66% dan 29.78 ± 6.55%. Ekstrak etanol (79.8 ±12.7%) dan akues (70.2 ± 6.2%) menunjukkan kadar perencatan tumor yang baik. Analisis immunohistokimia dilakukan terhadap protein F4/80, VEGFR-2 dan VE-kadherin. Hirisan tumor terawat ekstrak etanol menunjukkan F4/80+, VEGFR-2+ dan VE-kadherin- jika dibandingkan dengan tumor kawalan. Ekstrak akues CN menunjukkan F4/80+, VEGFR-2+ dan VE-kadherin+ pada tumor. Analisa multipleks dilakukan terhadap pengekspresan sitokin IL-1β, IL-2, IL-6, IFN-γ, TNF-α, dan VEGF dalam serum darah. Aras pengekspresan IL-1β (65.8%), IL-2 (76.3%), IL-6 (91.4%), dan IFN-γ (88.7%) adalah lebih rendah pada kumpulan rawatan ekstrak etanol berbanding kawalan (p<0.05). Ekstrak akues dapat merencat sitokin IL-6 (82.9%) dan IFN-γ (68.6%) (p<0.05). Kedua-dua ekstrak CN tidak menunjukkan perubahan signifikan terhadap aras pengekspresan TNF-α dan VEGF. Kesimpulannya, ekstrak CN menyebabkan penurunan aras sitokin pro-radang dalam persekitaran mikro tumor seterusnya menyokong persekitaran mikro yang anti-tumor terhadap kanser payudara TNBC.,Ijazah Doktor Falsafah
Pages: 233
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123958+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.