Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519896
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruzita Abd Talib, Profesor. Dr. | - |
dc.contributor.author | Wilfred Mok Kok Hoe (P77834) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T09:30:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T09:30:48Z | - |
dc.date.issued | 2020-02-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119438 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519896 | - |
dc.description | Kemapanan intervensi obesiti di sekolah kekal sebagai cabaran yang besar walaupun intervensi tersebut dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan perubahan tingkah laku bagi mengatasi masalah obesiti. Banyak intervensi obesiti kanak-kanak telah dilakukan dari segi aspek pemakanan sihat, aktiviti fizikal, psikologi kesihatan serta faktor persekitaran. Namun begitu, kajian tempatan dan antarabangsa tentang kemapanan intervensi obesiti kanak-kanak adalah terhad. Tiga program intervensi telah dipilih, iaitu The Great-Child Trial™ (umur 12; n=31), Juara Sihat™ (umur 12-14; n=52) dan C.E.R.G.A.S (umur 16-17; n=55). Kajian susulan 16 sehingga 18 bulan dijalankan terhadap tiga program tersebut di sekolah rendah dan sekolah menengah (n=138) di Kuala Lumpur (n=2) dan Selangor (n=1). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah kemapanan program intervensi tersebut dan faktor yang berhubung kait dengan gaya hidup sihat serta perubahan tingkah laku. Kajian kaedah campuran ini mengandungi tiga fasa. Fasa I adalah ulasan sistematik untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi obesiti kanak-kanak pada jangka masa panjang. Hasil kajian menunjukkan bahawa komponen kemapanan intervensi obesiti kanak-kanak seperti programme champion, kapasiti komuniti, penglibatan dan pembinaan hubungan, serta latihan dan adaptasi dapat meningkatkan kemapanan intervensi. Fasa II merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan borang soal-selidik untuk membandingkan pengetahuan, sikap dan amalan (KAP), serta ukuran antropometri subjek antara data asas dengan data kemapanan kajian susulan pos-intervensi bagi ketiga-tiga program. Kajian susulan menunjukkan skor-z indeks jisim tubuh-untuk-umur dan peratus lemak badan menurun dengan signifikan bagi remaja muda yang menyertai C.E.R.G.A.S, manakala ukur lilit pinggang dan tahap aktiviti fizikal didapati meningkat dengan signifikan bagi kanak-kanak yang menyertai Juara Sihat. Skor pengetahuan dan amalan terhadap pemakanan dan aktiviti fizikal ketiga-tiga intervensi menunjukkan peningkatan yang signifikan. Fasa III dijalankan dengan menemubual bersemuka dengan 47 orang kanak-kanak, pengusaha kantin, guru sekolah, guru besar atau pengetua sekolah yang terlibat dalam intervensi Juara Sihat™ dan C.E.R.G.A.S untuk meneroka faktor penggalak dan penghalang terhadap kemapanan intervensi. Transkripsi data dilakukan dan dianalisis melalui analisis tema dan Nvivo. Tema yang dikenal pasti dalam faktor penggalak adalah seperti sokongan moral, kesedaran kendiri, pengetahuan, kebolehcapaian lokasi menjalankan aktiviti fizikal dan penampilan diri. Faktor penghalang adalah seperti sikap kendiri, tidak konsisten dalam pengetahuan, rakan sebaya, tekanan sosial dan faktor persekitaran. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan kemapanan dalam skor pengetahuan dan amalan pemakanan dan faktor-faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi obesiti. Komponen kemapanan dan faktor perubahan tingkah laku adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan intervensi obesiti kanak-kanak dalam jangka masa panjang.,Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Kesihatan) | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Obesity | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kemapanan intervensi obesiti kanak-kanak di sekolah rendah dan sekolah menengah di Kuala Lumpur dan di Selangor | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 383 | - |
dc.identifier.callno | 9 Tesis Cd WD210. H693k 2020 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119438+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.15 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.