Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519895
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruzita Abd Talib, Profesor. Dr. | - |
dc.contributor.author | Wirdah Mohamed (P80728) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T09:30:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T09:30:48Z | - |
dc.date.issued | 2020-01-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119436 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519895 | - |
dc.description | Prevalen obesiti dalam kalangan dewasa menunjukkan peningkatan yang berterusan di Malaysia dan Melaka merupakan negeri yang mempunyai prevalen obesiti kedua tertinggi di Malaysia. Impak buruk obesiti adalah kepada kesihatan dan kualiti hidup. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membentuk, melaksana dan menilai kesan program intervensi F.E.A.T. bagi penurunan berat badan dalam kalangan dewasa di Masjid Tanah, Melaka. Fasa 1 kajian adalah merupakan perbincangan kumpulan fokus untuk meneroka faktor galakan dan halangan menurunkan berat badan berdasarkan Model Sosio Ekologikal. Kesedaran diri, kerisauan terhadap tahap kesihatan, keyakinan diri, berpenampilan menarik, sokongan sosial, kebolehdapatan kemudahan aktiviti fizikal dan maklumat kesihatan merupakan faktor galakan. Salah faham mengenai diet, batasan keupayaan fizikal, kurang kawalan diri, komitmen kerja dan rumahtangga, pasangan dan anak-anak, isu keselamatan dan tarikan terhadap makanan di luar rumah pula adalah merupakan faktor halangan menurunkan berat badan. Fasa 2 adalah pembentukan dan penilaian kesahihan bahan pendidikan iaitu Modul Pendidikan F.E.A.T dan buku resipi "Mudah, Sihat, Sedap". Modul Pendidikan F.E.A.T yang mengandungi 18 tajuk: pemakanan sihat (10 tajuk), aktiviti fizikal (5 tajuk) dan motivasi (3 tajuk), memperolehi penerimaan yang baik bagi penilaian kandungan, susun atur, tipografi dan grafik. Fasa 3 pula adalah pelaksanaan dan penilaian kesan intervensi gabungan pemakanan sihat, peningkatan aktiviti fizikal dengan strategi perubahan tingkah laku dan perantara kumpulan sokongan terhadap status pemakanan iaitu berat badan, indeks jisim tubuh (IJT), ukur lilit pinggang (ULP), peratus jumlah lemak tubuh, status kardiometabolik, status aktiviti fizikal, status kualiti hidup berkaitan kesihatan (HRQoL) dan status motivasi subjek. Pada minggu ke-36, kumpulan intervensi berjaya menurunkan berat badan (-4.3%, p=0.001), IJT (-4.2%, p=0.001), ULP (-10.5%, p=0.001), peratus jumlah lemak tubuh (-3.6%, p=0.001) dan pengambilan tenaga (-14.3%, p=0.041). Terdapat penurunan yang signifikan bagi tekanan darah sistolik (-6.5%, p=0.001), tekanan darah diastolik (-16.6%, p=0.001) dan peningkatan aras adiponektin (37%, p=0.001). Walau bagaimanapun, tiada perubahan yang signifikan bagi profil lipid, aras glukos darah berpuasa dan kerintangan insulin (HOMA-IR) dalam kalangan kumpulan intervensi. Peningkatan yang signifikan juga dilihat bagi status aktiviti fizikal (109.6%, p=0.001), status HRQoL (12.8%, p=0.001) dan status motivasi autonomi (13.1%, p=0.036) dalam kalangan kumpulan intervensi berbanding tiada peningkatan dalam kumpulan kawalan. Hasil temu bual mendalam mendapati ilmu dan kemahiran berkaitan pemakanan dan aktiviti fizikal, kebimbangan peningkatan semula berat badan, sokongan dan pemantauan yang berterusan adalah penting dalam kemampanan intervensi ini. Kesimpulannya, intervensi F.E.A.T berjaya memperbaiki status pemakanan, status aktiviti fizikal, status HRQoL dan status motivasi dewasa berlebihan berat badan dan obes. Intervensi F.E.A.T adalah sesuai dan boleh dijadikan rujukan di Malaysia bagi pelaksanaan intervensi obesiti dewasa dalam peringkat komuniti.,DOKTOR FALSAFAH (PEMAKANAN) | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Obesity | - |
dc.subject | Body Weight | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kesan program intervensi F.E.A.T (Fit, Eat, Active, Training) bagi penurunan berat badan dalam kalangan dewasa di Masjid Tanah, Melaka | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 356 | - |
dc.identifier.callno | 9 Tesis Cd WD210. W798k2020 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119436+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.