Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519880
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHidayatulfathi Othman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSiti Nur Hanis Mamood (P64698)-
dc.date.accessioned2023-10-17T09:30:43Z-
dc.date.available2023-10-17T09:30:43Z-
dc.date.issued2018-08-28-
dc.identifier.otherukmvital:103645-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519880-
dc.descriptionBeberapa kajian telah menunjukkan bahawa pembangunan formulasi dapat meningkatkan keberkesanan minyak pati tumbuhan sebagai repelan. Maka, kajian ini dijalankan bagi membangunkan formulasi yang dapat meningkatkan keberkesanan minyak pati P. aduncum untuk dipasarkan sebagai repelan. Sediaan separa pepejal iaitu salap, krim, dan gel yang mengandungi 10% minyak pati P. aduncum telah diuji terhadap Aedes aegypti di makmal berpandukan kaedah bioasai Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Peratus penangkisan nyamuk, peratus hinggap/gigitan nyamuk dan masa perlindungan bagi kesemua formulasi telah direkodkan. Kesemua formulasi repelan didapati mampu menangkis lebih daripada 65% nyamuk Ae. aegypti dalam tempoh masa 240 minit selepas aplikasi. Formulasi salap repelan (182.5±16.01 minit) dapat memberi masa perlindungan yang lebih tinggi secara signifikan berbanding formulasi gel repelan (97.5±14.93 minit) dengan nilai p<0.05 namun tidak berbeza secara signifikan berbanding formulasi krim repelan (162.5±6.29 minit). Bagi kajian kestabilan, kesemua formulasi repelan telah disimpan pada tiga suhu yang berbeza (4±5°C, 25±5°C dan 40±5°C) selama 90 hari. Sifat fizikal (ciri organoleptik dan pH), pencemaran mikrobiologi dan keberkesanan kesemua formulasi repelan telah dianalisa dan dibandingkan dengan sampel awal (0 hari). Selepas disimpan pada suhu 4±5°C dan 25±5°C selama 90 hari, kesemua formulasi repelan masih dapat mengekalkan kestabilan fizikalnya. Namun begitu, suhu 40±5°C didapati telah menyebabkan perubahan pada ciri organoleptik bagi kesemua formulasi repelan. Namun, tiada sebarang pertumbuhan mikroorganisma dapat diperhatikan dan kesemua formulasi repelan menunjukkan kebekersanan (peratus penangkisan, peratus hinggap/gigitan dan masa perlindungan) yang hampir sama dengan formulasi awal (0 hari) selepas penyimpanan. Seterusnya, formulasi krim repelan telah dipilih sebagai pengangkut yang sesuai bagi minyak pati P. aduncum kerana ia telah menunjukkan aktiviti penolakan dan sifat estetik yang baik sebagai repelan. Ujian iritasi dan pemekaan kulit telah dijalankan terhadap formulasi krim repelan berdasarkan garis panduan IS0 10993-10: 2010 (E). Pemerhatian makroskopik dan histologi daripada ujian iritasi telah menunjukkan bahawa formulasi krim repelan dapat menyebabkan sedikit kesan iritasi pada haiwan kajian dengan nilai Indek Iritasi Primer sebanyak 1.54. Walau bagaimanapun, tiada kesan pemekaan dapat diperhatikan pada haiwan kajian. Kesimpulannya, kajian ini telah mendapati bahawa penggabungan 10% minyak pati P. aduncum ke dalam bentuk formulasi separa pepejal terutama sekali formulasi krim dapat meningkatkan aktiviti penolakan terhadap Ae. aegypti. Formulasi krim repelan juga didapati stabil dari aspek fizikal, mikrobiologi dan biologi selepas disimpan pada suhu 4±5°C dan 25±5°C selama 90 hari. Walaupun formulasi krim repelan didapati menyebabkan kesan iritasi ringan tetapi ia tidak menyebabkan kesan pemekaan pada kulit haiwan kajian. Oleh sebab itu, formulasi krim repelan yang mengandungi 10% minyak pati P. aduncum berpotensi untuk dibangunkan sebagai alternatif kepada repelan sintetik yang berada di pasaran.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMinyak pati tumbuhan-
dc.subjectSerangga-
dc.subjectPlant essential oil-
dc.subjectRepellent-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titlePembangunan dan penilaian keselamatan formulasi repelan serangga yang mengandungi minyak pati piper aduncum linnaeus-
dc.typeTheses-
dc.format.pages221-
dc.identifier.callnoQV766.S623p 2018 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103645+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.