Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519874
Title: Corak pergerakan multiplanar dan daya tujahan vertikal semasa berjalan dan cangkung separa dalam kalangan dewasa sihat dan pesakit rekonstruksi ligamen krusiata anterior
Authors: Fairus Fariza binti Zainudin (P72288)
Supervisor: Nor Azlin Mohd Nordin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Ekonstruksi Ligamen Krusiata Anterior
Rehabilitasi
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jul-2018
Description: Analisis corak pergerakan (CP) dalam kalangan pesakit Rekonstruksi Ligamen Krusiata Anterior (RLKA) adalah penting dalam perancangan rehabilitasi berkesan. Sehingga kini, maklumat berkaitan CP multiplanar aktiviti fungsian dalam kalangan dewasa sihat dan pesakit RLKA adalah terhad. Kajian ini bertujuan menilai CP aktiviti berjalan dan cangkung separa dalam kalangan dewasa sihat dan pesakit RLKA. Kajian kawalan kes terpadan ini melibatkan seramai 28 individu lelaki (14 RLKA, 14 dewasa sihat) sepadan umur dan Indeks Jisim Tubuh. Sistem analisis pergerakan tiga dimensi (3D) digunakan bagi merekod CP peserta kajian semasa berjalan dan cangkung separa. Ujian-t berpasangan dan ujian-t tidak bersandar digunakan bagi menganalisis data sudut pergerakan torso, pelvis dan anggota bawah serta daya tujahan vertikal (DTV). Semasa berjalan, dewasa sihat menunjukkan CP multiplanar yang asimetri pada semua segmen tubuh serta DTV yang seimbang pada kedua-dua belah kaki. Bagi pesakit RLKA, CP multiplanar yang asimetri berlaku pada torso, pelvis dan pergelangan kaki, manakala analisis DVT menunjukkan perbezaan signifikan diantara kaki cedera iaitu 28.74(4.10) N.m/ kg dan kaki tidak cedera 25.52(3.19) N.m/ kg semasa fasa toe-off (p< 0.05). Perbandingan CP diantara pesakit RLKA dan dewasa sihat mendapati perbezaan CP pada satah frontal torso dan pelvis (p< 0.001) serta pada satah sagital lutut dan pergelangan kaki (p< 0.001). Semasa berjalan, kaki cedera RLKA menerima pembebanan DTV yang lebih tinggi iaitu 28.74 (4.10) N.m/ kg berbanding kaki dewasa sihat 24.81 (2.69) N.m/ kg (p< 0.05).Semasa cangkung separa, dewasa sihat menunjukkan perbezaan sudut pergerakan pinggul pada satah frontal iaitu kiri, -8.25° (3.25°) dan kanan -13.72° (5.40°), p < 0.01, manakala daripada aspek pembebanan puncak DTV pula adalah lebih tinggi pada kaki kanan (M = 35.41 N.m/kg, s.p = 14.35 N.m/kg) berbanding kaki kiri (M = 16.51 N.m/kg, s.p = 11.84 N.m/kg), p = 0.004. Bagi pesakit RLKA, perbezaan ditemui pada satah frontal pinggul iaitu kaki cedera, -7.64° (4.84°) dan kaki tidak cedera, -11.93° (4.28°) serta pada satah transversal pergelangan kaki iaitu kaki cedera, 13.12° (18.46°) dan kaki tidak cedera, 22.22° (16.94°). Perbandingan puncak DTV menunjukkan kaki tidak cedera menerima pembebanan puncak yang lebih tinggi iaitu sebanyak 42.59(18.36) N.m/kg berbanding kaki cedera, iaitu 19.99 (17.17) N.m/kg, p < 0.05. Pesakit RLKA menunjukkan sudut pergerakan pergelangan kaki RLKA yang lebih kecil iaitu 98.28° (10.42°) berbanding dewasa sihat iaitu 112.72° (10.70°) (p < 0.001) pada satah sagital. Perbandingan nilai puncak DTV tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan diantara pesakit RLKA dengan dewasa sihat (p = 0.34) Kesimpulannya, setiap kumpulan kajian mempunyai CP multiplanar yang unik, bersandar pada aktiviti fungsian yang dilakukan. Selain itu, perbezaan corak pembebanan DTV turut dipengaruhi oleh jenis aktiviti fungsian. Dapatan kajian ini turut menekankan kepentingan mengenal pasti CP kompensatori dan corak pembebanan DTV pada fasa awal rehabilitasi bagi membantu ahli fisioterapi mereka bentuk program senaman khusus selepas RLKA.,Doktor Falsafah
Pages: 235
Call Number: WE103.F172c 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100756+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
729.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.