Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519864
Title: Kemahiran sintaksis dalam kalangan kanak-kanak Melayu dengan kecelaruan bahasa spesifik
Authors: Norsofiah binti Abu Bakar (P63278)
Supervisor: Rogayah A Razak, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bahasa spesifik
Specific language impairment
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Mar-2017
Description: Penyelidikan terhadap kecelaruan bahasa spesifik (specific language impairment) (SLI) di Malaysia adalah terhad. Maklumat tentang kanak-kanak Melayu SLI dan struktur bahasa Melayu yang sukar mereka kuasai juga belum dikenal pasti. SLI didefinisi sebagai kebolehan berbahasa kanak-kanak yang tidak sejajar dengan tahap umur mereka (sekurang-kurangnya kelengahan setahun berbanding pencapaian kanakkanak sebaya umur) dan masalah berbahasa ini bukan disebabkan oleh masalah pendengaran, skor tahap kecerdasan (IQ), masalah emosi atau kelakuan, masalah artikulasi dan disfungsi neurologi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kebolehan sintaksis dalam kalangan kanak-kanak Melayu SLI bagi struktur ayat pasif, klausa relatif, ayat tanya-wh bahasa Melayu dan pengulangan ayat. Seramai 45 orang subjek terlibat dalam kajian ini: kanak-kanak SLI, kanak-kanak sebaya umur (SU) dan kanak-kanak sebaya bahasa (SB). Subjek diuji melalui aktiviti padanan-ayatbergambar, huraian gambar dan pengulangan ayat. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signfikan antara subjek kanak-kanak SLI, SU, dan SB bagi pemahaman dan penghasilan ayat pasif, klausa relatif dan ayat tanya-wh, dan pengulangan ayat. Walau bagaimanapun, tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan subjek SLI dan SB. Dapatan kualitatif pula menunjukkan subjek kanak-kanak SLI cenderung menggunakan strategi pemudahan ayat. Penggunaan strategi ini menunjukkan bahawa struktur tersebut sukar untuk dihasilkan. Hal ini dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu diglosia bahasa Melayu standard oleh subjek SU berlawanan dengan bahasa Melayu kolokial oleh SLI dan SB. Kajian ini menunjukkan bahawa berdasarkan perbezaan pencapaian antara kumpulan SU dan SLI dalam ketiga-tiga struktur, kemungkinan struktur ayat pasif di-, pemahaman klausa relatif objek, pemahaman ayat tanya-wh yang mana (objek) dan penghasilan ayat tanya-wh berpotensi menjadi penanda linguistik bagi kanak-kanak Melayu dengan SLI. Dapatan kajian ini boleh dimanfaat kepada pengendalian kanak-kanak Melayu SLI. Penanda linguistik bagi data klinikal bahasa Melayu boleh digunakan di klinik terapi pertuturan dan di bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak Melayu dengan SLI.,Ijazah Doktor Falsafah
Pages: 297
Call Number: WL340.2.N863k 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99808+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.