Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519758
Title: Adat Minangkabau Sebagai Asas Governans Kelestarian di Sumatera Barat: Kemitraan Antara Pendekatan Moden dan Tradisional
Authors: Warnis
Supervisor: Prof. Madya Abdul Hadi Harman Shah
Keywords: Kelestarian
Kemitraan
Pendekatan
Minangkabau (Indonesian people) -- Sumatra (Indonesia)
Issue Date: 6-Jun-2013
Description: Pembangunan lestari memerlukan suatu bentuk urustadbir atau govemans yang juga memiliki ciri-ciri kelestarian. Julat kemungkinannya terangkum dari bentuk govemans sedia ada yang diandaikan sudah sesuai untuk memungkinkan pembangunan lestari hingga kepada suatu bentuk govemans yang dicipta khusus untuk memastikan pembangunan lestari. Realitinya mana-mana sistem govemans yang mendukung sesebuah komuniti atau masyarakat itu tidak bergerak di atas landasan tabula rasa dan ahistoric, tanpa sejarah atau budaya yang telah wujud sebelumnya. Malahan suatu sistem govemans yang berkesan perIu mengambil kira kebergantungan laluan yang menghasilkan bentuk masyarakat hari ini. Hanya dengan memahami dan menggembeling nilai masyarakat setempat dan sistem urustadbir terdahulu, akan berhasilnya suatu sistem govemans yang cenderung ke arah kelestarian.Tesis ini menelusuri adat Minangkabau sebagai nilai masyarakat setempat yang berpotensi menjadi landasan govemans kelestarian masa kini. Kajian bersifat kualitatif yang mendasari tesis ini, menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual mendalam, membentuk suatu pengkategorian govemans kelestarian berasaskan elemen-elemen yang wujud dalam adat dan masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, dirungkai dari kata-kata adat dan teromba Minangkabau. Sebelas kategori elemen govemans kelestarian telah dikenal pasti termasuk demokrasi, kedinamisan kepimpinan, suara dari bawah, autonomi, pandangan masa hadapan, penglibatan, kepelbagaian, dominasi informal, pertanggungjawaban mendatar dan menegak, undang-undang dan hukum, dan peranan wanita. Kesemua ini dicari kesignifikanan semasanya menerusi temubual yang dijalankan dengan informan-informan utama dari kalangan ketua kampung, penghulu, tokoh adat, ahli intelektual, Lembaga Kerapatan Adat Alam Minangkabau, Kerapatan Adat Nagari, Bundo Kanduang, pihak kerajaan, tokoh agama dan penduduk awam. Kajian mendapati pelbagai elemen govemans kelestarian yang terdapat dalam adat Minangkabau namun tahap penerimaan masyarakat terhadap elemen-elemen ini berbeza-beza, Kajian juga menunjukkan terdapatnya amalan tradisional yang mempunyai ciri govemans kelestarian yang telah ditinggalkan, dan ambil alih govemans moden. Kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat pelbagai elemen dalam Adat Minangkabau yang berpotensi menyumbang kepada kefahaman dan pembentukan govemans kelestarian bukan sahaja untuk penduduk di Sumatera Barat, tetapi juga untuk masyarakat duniaannya.,Doktor Falsafah
Pages: 346
Call Number: DS632.M4.W346 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.