Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519756
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Madya Dr. Datin Zahara Aziz-
dc.contributor.authorAzwani binti Ismail-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:14:25Z-
dc.date.available2023-10-17T08:14:25Z-
dc.date.issued2012-08-15-
dc.identifier.otherukmvital:71388-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519756-
dc.descriptionTujuan kajian ini ialah untuk menentukan kesan Pembelajaran Koperatifmodel STAD terhadap nilai patriotisme, sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalarn mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kesan interaksi antara kaedah pembelajaran dan bangsa. Selain dari itu juga, untuk mengenal pasti sarna ada penerimaan terhadap penerapan nilai patriotisme, perubahan sikap dan kemahiran berkomunikasi dipengaruhi oleh bangsa. Serarnai 158 orang pelajar Tingkatan 2 dari sebuah sekolah di Selangor dipilih sebagai sampel dalarn kajian ini. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian rintis, nilai Alfa Cronbach bagi semua konstruk nilai patriotisme, sikap dan kemahiran berkomunikasi berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu adalah antara 0.893 hingga 0.937. Rekabentuk kajian ini ialah Kuasi Eksperimen dengan reka bentuk Ujian Pra-Pos kumpulan-kumpulan terkawal tidak serupa (Pre Test-Post Test, Non-equivalent Control Group Design). Kaedah Kuasi Eksperimen dijalankan dengan dua buah kelas dipilih secara rawak untuk dijadikan Kumpulan Eksperimen dan dua buah kelas lagi dijadikan Kumpulan Kawalan. Selepas 14 minggu rawatan, kedua-dua kumpulan diberi Ujian Pos. Dapatan kajian daripada Ujian- T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan untuk nilai patriotisme, sikap dan kemahiran berkomunikasi antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan. Ujian MANOV A pula menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi antara kaedah dan bangsa. Ini bermakna dalam kajian ini menunjukkan Pembelajaran Koperatif model ST AD tidak bias terhadap bangsa dan boleh diterima dengan baik oleh ketiga-tiga bangsa. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dari segi penerimaan terhadap penerapan nilai patriotisme. Pelajar berbangsa Melayu menunjukkan penerimaan yang paling baik. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud kesan bangsa terhadap sikap. Pelajar berbangsa Cina menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap mata pelajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, dapatan kajian mendapati bangsa tidak mempengaruhi peningkatan kemahiran berkomunikasi dalam mata pelajaran Sejarah. Implikasi kajian ini membuktikan Pembelajaran Koperatif model STAD mampu menjadi salah satu kaedah dalam pengajaran Sejarah untuk menerapkan nilai patriotisme, sikap yang positif dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar yang pelbagai bangsa, namun dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua sekolah di Malaysia.,Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPatriotisme-
dc.subjectModel STAD-
dc.subjectKomunikasi-
dc.subjectSejarah-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan Model STAD Terhadap Nilai Patriotisme, Sikap dan Kemahiran Berkomunikasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah-
dc.typetheses-
dc.format.pages314-
dc.identifier.callnoLB1032.A998 2012 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.