Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519754
Title: Kajian Konseptual dan Pengalaman Dakwah A. Hasjmy di Aceh
Authors: Syabuddin Gade
Supervisor: Prof. Madya Dr. Abdul Ghafar Don
Keywords: Dakwah
Konseptual
Aceh
A. Hasjmy
Issue Date: 11-Nov-2009
Description: Kajian ini bertujuan mendedahkan konsep dakwah A. Hasjmy, khususnya mengenai makna, hukum dan sistem dakwah; dan pengalaman dakwahnya dalam menghadapi beberapa masalah politik, pendidikan dan kebudayaan masyarakat Aceh. Kajian ini menggunakan tiga pendekatan, masing-masing pendekatan falsafah, pendekatan sejarah dan pendekatan interaksi simbolik; dan empat metode yang terdiri dari metode deskriptif, perbandingan, sintesis dan metode induktif. Dalam tesis ini telah dirumuskan sebanyak dua puluh empat pandangan mengenai konsep dakwah A. Hasjmy masing-masing tiga pandangan mengenai makna dakwah, empat pandangan mengenai hukum dakwah dan tujuh belas pandangan mengenai sistem dakwah; serta sembilan belas pandangan mengenai pengalaman dakwah A. Hasjmy di Aceh yang mencakup; tiga belas pandangan mengenai pengalaman dakwah A. Hasjmy dalam menghadapi masalah politik yang terdiri daripada tiga pandangan dalam melawan masalah pencerobohan, tiga pandangan menghadapi masalah Dar al- Islam/Tentera Islam Indonesia, empat pandangan menghadapi masalah Gerakan Aceh Merdeka dan tiga pandangan menghadapi masalah politik parti GOLKAR; tiga pandangan menghadapi masalah pendidikan dan tiga pandangan menghadapi masalah kebudayaan Aceh. Kajian ini juga diperoleh empat idea baru" berkenaan dengan konsep dakwah A. Hasjmy dan dua "idea baru" berkenaan dengan pengalaman dakwahnya di Aceh. Semua penemuan ini merupakan sumbangan berharga bagi pengembangan dakwah sarna ada dari segi teoritikal mahupun praktikalnya.
Pages: 327
Call Number: BP170.85.G339 2009
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.