Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519746
Title: Pengekstrakan Pengubahsuaian Dan Pencirian Protein Hampas Isirung Kelapa Sawit
Authors: Chee Kah Leong
Supervisor: Prof. Madya Dr. Mohd. Khan Ayob
Keywords: Kelapa Sawit
Protein
Hampas
Isirung
Protein hydrolysates
Issue Date: 12-Apr-2012
Description: Dalam kajian ini, protein hampas isirung kelapa sawit (HIKS) telah diekstrak, diubahsuai dan dianalisis ciri-ciri kefungsian dan pemakanannya untuk menentukan potensi penggunaannya sebagai ingredien makanan baru. Dengan keadaan optimum yang didapati daripada model kaedah respons permukaan (KRP) (48.7°C, pH 9.2, 0.95% (b/i) HIKS dan 1.00% (bib) tripsin), asai tripsin dapat mengekstrak protein terbanyak (60.02%), diikuti dengan asai selulase (43.70 %: 43.6 -c, pH 3.1, 1.14 % (b/i) HIKS dan 19.82 % (i/v) selulase), pengektrakan dengan larutan natrium heksametafosfat, NHMF (28.86 %: 50.0 °c, pH 10.0, nisbah HIKS kepada pelarut garam (1:70) dan 1.29 % (b/i) NHMF), dan pengekstrakan alkali lemah (11.95 %: 50.0°C, pH 10.0 dan nisbah HIKS kepada pelarut (1 :370)). Ciri kefungsian dan pemakanan bagi pelbagai protein HIKS yang terekstrak (H- daripada larutan alkali kuat (1N NaOH), N- daripada larutan alkali lemah (~0.01 N NaOH), S- daripada larutan 1.14% NHMF, C- daripada asai selulase dan T- daripada asai trips in) telah dinilai. Nilai pemakanan bagi protein T adalah yang terbaik (43.76% asid amino perIu, 63.87 skor asid amino, 74.81% penghadaman in-vitro, 60.20 nilai biologi dan 1.524 nilai C-PER). Lisina merupakan asid amino penghad bagi semua jenis protein HIKS kecuali protein H (sisteina). Protein H menunjukkan ciri keterlarutan (97.68%) dan kapasiti pembuihan (156.67%) terbaik, serta aktiviti pengemulsian kedua terbaik (196.04 m2/g) selepas protein N (217.19 m2/g). Protein S menunjukkan kapasiti penyerapan minyak tertinggi (772.86%), manakala protein C mempunyai kapasiti penyerapan air tertinggi (413.96%). Semua protein HIKS membentuk gel yang lemah. Ciri kefungsian protein H juga diselidik di bawah pengaruh pH, kekuatan ionik (NaCl) dan kepekatan protein yang berbeza. Sifat keterlarutan, pengemulsian, pembuihan dan penggelan adalah lebih baik (P<0.05) pada keadaan alkali (92%, 357 m2/g IAE, 35% ISE, 145% KB, nilai n 0.178) daripada asid (40%, 91 m2/g IAE, 59% ISE, 138% KB, nilai n > 1.0) . Peningkatan kekuatan ionik sehingga 0.5%, meningkatkan keterlarutan dan kapasiti pembuihan, manakala penambahan kekuatan ionik seterusnya menurunkan kedua-dua ciri tersebut. Penggunaan NaCI menurunkan kapasiti dan kestabilan pengemulsian tetapi meningkatkan kekuatan gel dan kestabilan buih. Peningkatan kepekatan protein pula meningkatkan prestasi semua ciri kefungsian kecuali pengemulsian. Modifikasi protein H melalui proses asetilasi dan suksinilasi dapat meningkatkan keterlarutan, pengemulsian, kapasiti pembuihan dan penyerapan minyak secara signifikan (p<0.05). Asetilasi menyebabkan penurunan kestabilan buih dan kehilangan ciri penggelan secara signifikan (p<0.05). Suksinilasi meningkatkan kadar penghadaman in-vitro, tetapi asetilasi menunjukkan kesan sebaliknya. Seterusnya, tiga jenis hidrolisat protein telah disediakan melalui hidrolisis enzim (alkalase (AI), pepsin (Pep) dan tripsin (Tryp)) terhadap protein H, untuk mengkaji ciri-ciri antioksidannya. Hidrolisat dipisahkan kepada fraksi permeate (P) dan fraksi retentate (R), berasaskan berat molekul fraksi (peptida) melalui membran ultrapenurasan (UF) dengan titik pengasingan 5 kDa. Ketiga-tiga fraksi P (AI, Pep, Tryp) menunjukkan aktiviti pemerangkapan radikal DPPI-{ yang lebih kuat (74.98, 81.59, 79.11 %) berbanding vitamin C (38.33%). Berdasarkan ujian FTC dan TBA, fraksi P (AI, Pep dan Tryp) juga menunjukkan aktiviti antioksidan yang lebih baik berbanding antioksidan sintetik (BRA dan BHT) atau antioksidan semula jadi (a-tokoferol) Namun, aktiviti pengkelatan ion Fe2+ hidrolisat protein HIKS adalah rendah (p<0.05) berbanding EDT A. Kesimpulannya, protein HIKS dan hidrolisatnya amat berpotensi untuk digunakan sebagai ingredien makanan berasaskan terutamanya kepada ciri-ciri pengemulsian dan antioksidatifnya.,Doktor Falsafah
Pages: 237
Call Number: QD281.H83.C486 2012 tesis.
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.