Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519745
Title: | Amalan Pengurus Kualiti Di Kalangan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Industri Pemprosesan Makanan Di Malaysia |
Authors: | Hayati@Habibah Bt. Abdul Talib |
Supervisor: | Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Bin Mohd. Ali |
Keywords: | Kualiti Perusahaan Kecil Dan Sederhana Pemprosesan Makanan Food industry and trade -- Quality control |
Issue Date: | 22-Mar-2012 |
Description: | Industri pemprosesan makanan di Malaysia memainkan peranan penting dalam ekonomi negara walaupun didominasi oleh pengeluar berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Namun, PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia menghadapi beberapa kekangan yang boleh menjejaskan prestasi mereka, antaranya berkaitan amalan pengurusan kualiti, jaminan kualiti dan akreditasi. Kajian lepas juga menunjukkan wujudnya jurang kajian berkaitan amalan pengurusan kualiti dalam industri pemprosesan makanan di Malaysia. Maka, kajian berkaitan amalan pengurusan kualiti, akreditasi dan prestasi PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia adalah penting dilaksanakan. Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara faktor kejayaan kritikal (CSF) pengurusan kualiti dan pre stasi organisasi (OROP) PKS di industri ini. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis peranan akreditasi sebagai pembolehubah penyederhanaan ke atas hubungan antara CSF dan OROP. Satu model konseptual kajian dibangunkan bagi tujuan mengkaji hubungan-hubungan terse but. Model kajian ini terdiri daripada dua model pengukuran melibatkan dimensi CSF dan dimensi OROP. Lapan konstruk dibangunkan bagi pengukuran CSF berdasarkan falsafah pengurusan kualiti menyeluruh, manakala OROP diukur berdasarkan prestasi pengoperasian dan pemiagaan. Senarai PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia daripada SMECorp digunakan sebagai kerangka pensampelan. Data dikumpul melalui tinjauan soal selidik yang diedar secara mel kepada Pengarah Urusan PKS di industri pemprosesan makanan yang dipilih secara rawak melalui teknik pensampelan bertahap dan sebanyak 207 soal selidik sah digunakan bagi analisis selanjutnya. Pendekatan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) digunakan dalam kajian ini. SEM digunakan kerana ia dapat menganalisis hubungan antara semua indikator dan konstruk secara serentak, menguji keseluruhan model, serta dapat menerangkan sesuatu hubungan secara grafik. Tiga fasa analisis dilakukan: (i) analisis faktor penerokaan (ii) analisis faktor pengesahan (peringkat pertama dan kedua), dan (iii) analisis perhubungan bersebab SEM. Dapatan analisis menunjukkan bahawa model kajian mencapai indeks padanan yang baik dan wujud hubungan yang signifikan antara CSF dan OROP. Dapatan ini membuktikan bahawa pre stasi organisasi PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia dipengaruhi oleh amalan pengurusan kualiti. Dapatan juga mengesahkan bahawa semua konstruk pengurusan kualiti adalah signifikan sebagai indikator bagi dimensi CSF PKS di industri ini. Analisis pelbagai kumpulan dilakukan untuk mengkaji kesan penyederhanaan dan dapatan menunjukkan bahawa tiada sebarang perbezaan ke atas hubungan CSF dan OROP di antara kumpulan berdasarkan status dan bilangan akreditasi. Dapatan ini menjelaskan bahawa pre stasi organisasi PKS mempunyai hubungan dengan dimensi CSF namun hubungan ini tidak dipengaruhi oleh status dan bilangan akreditasi. Kajian ini dapat membantu PKS mengenal pasti konstruk CSF yang signifikan terhadap pre stasi organisasi mereka. Selain itu, PKS dapat mengenal pasti amalan pengurusan kualiti yang dipraktikkan bagi tujuan penambahbaikan. Kajian ini juga berjaya menutupi jurang kajian yang dikenal pasti dan menyumbang dalam memperkayakan kajian kepustakaan di bidang ilmu pengurusan kualiti terutamanya di industri yang berbeza.,Doktor Falsafah |
Pages: | 381 |
Call Number: | TP372.5.H365 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.