Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519741
Title: | Penilaian Kecekapan Pasaran Dan Kemeruapan Dengan Menggunakan Data Lampau: Kajian Empirik bagi Pasaran Saham Malaysia |
Authors: | Chin Wen Cheong |
Supervisor: | Prof. Madya Dr. Zaidi Isa |
Keywords: | Penilaian Saham Pasaran Mathematical statistics |
Issue Date: | Dec-2011 |
Description: | Isu hipotesis pasaran cekap (HPC) dan ramalan pulangan sekuriti merupakan teras kajian dalam skop pengajian kewangan. Dengan wujudnya kaedah analisis yang lebih tepat dan juga sumber data berfrekuensi tinggi, definisi kecekapan pasaran telah mengalami evolusi dengan melibatkan pelbagai sifat statistik yang lebih kompleks. Salah satu kelemahan anggapan HPC adalah mengandaikan semua individu rasional dalam pasaran homogen memperoleh informasi yang setara dan bertindak mengikut informasi yang sarna. Anggapan ini biasanya bercanggah dengan keadaan pasaran yang sebenar. Selain itu, penggunaan data harian yang hanya merekodkan satu bacaan urus niaga dan pengabaian sifat statistik (perubahan struktur dan ketidaktaklinearan) juga boleh menggugat ketepatan hasil ujian kecekapan pasaran. Selaras dengan keadaan pasaran kewangan yang dinamik, kajian ini bertujuan mengkaji semula dan membuat perbandingan dengan literatur awal terhadap kajian kelinearan dan ketidaklinearan kecekapan pasaran Bursa Malaysia dengan melibatkan perubahan struktur yang disebabkan oleh krisis kewangan Asia. Selain itu, kajian ini melanjutkan analisis daripada pasaran homogen kepada pasaran heterogen dengan mengambil kira sifat individu pasaran yang mengamalkan pelaburan mengikut jangka masa yang berbeza. Berdasarkan konsep pasaran heterogen ini, model berdasarkan data harian dan data berfrekuensi tinggi diperkenalkan dalam pasaran saham Malaysia. Hasil penganggaran empirik kemudian diaplikasikan dalam penentuan dan pengawalan pasaran risiko dengan pendekatan Value-at-Risk (VaR). Kajian ini menyumbang kepada literatur kecekapan pasaran dalam empat aspek: pertama melakukan kajian semula kecekapan pasaran Bursa Malaysia dengan tambahan penglibatan perubahan struktur kepada rejim prakrisis dan pascakrisis. Kedua, suatu kaedah justifikasi pasaran heterogen telah diperkenalkan dengan kaedah plot agregat varians terubah suai. Ketiga, suatu model kemeruapan yang lebih luwes disarankan dengan kombinasi kemeruapan harian dan kemeruapan realisasi yang selaras dengan pasaran heterogen. Akhir sekali, hasil penganggaran diaplikasi untuk menentukan pasaran risiko (VaR) yang melibatkan pasaran saham utama dan sektor.,Doktor Falsafah |
Pages: | 221 |
Call Number: | QA276.18.C485 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.