Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519725
Title: Penilaian kapasiti tampungan kualiti air Sungai Langat menggunakan pemodelan qual2k
Authors: Marina Zainal Abidin (P80469)
Supervisor: Ahmad Abas Kutty, Prof. Dr.
Keywords: Kualiti air -- Sungai Langat
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Nov-2021
Description: Sungai Langat mengalir melalui kawasan pembangunan pesat yang terdiri daripada kawasan pertanian, perbandaran dan perumahan. Sungai ini berperanan penting sebagai sumber air mentah kepada sembilan loji pembersihan air. Walau bagaimanapun, isu pencemaran air masih berlaku dengan kerap walaupun tahap kepatuhan terhadap pelepasan efluen Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh pihak industri dan premis berdaftar dilaporkan tinggi. Pencemaran di Sg. Langat bukan sahaja menjejaskan hidupan akuatik, malah turut mengganggu sumber bekalan air. Pelaksanaan strategi pengurusan sumber air yang efektif perlu dijalankan untuk memelihara sumber air dan menambah baik kualiti air Sg. Langat. Sehubungan itu, satu kajian penilaian kualiti air dan pengaruh aktiviti guna tanah, serta simulasi kualiti air sungai telah dilakukan untuk mengenal pasti kualiti air semasa, potensi sumber pencemar, pola perubahan kualiti air di sepanjang sungai, keupayaan sungai menampung bahan cemar dan seterusnya mencadangkan pelan pengurusan untuk mencapai kelas IIB. Sebanyak 14 stesen pensampelan telah dipilih dan pensampelan telah dijalankan pada bulan Mac dan November 2016 yang mewakili ciri musim kering dan musim basah. Penilaian kualiti air dilakukan berdasarkan piawaian kualiti air kebangsaan (NWQS) dan indeks kualiti air (WQI). Perisian sistem maklumat geografi (GIS) telah digunakan untuk menghasilkan peta guna tanah satu kilometer sisi kiri dan kanan di sepanjang sungai. Simulasi untuk menilai dan menjangka tahap kualiti air di Sungai Langat bagi enam parameter WQI telah dilakukan dengan menggunakan aplikasi QUAL2K. Hasil kajian menunjukkan stesen pensampelan mempunyai julat nilai WQI di antara 45-89 (kelas II-IV). Nilai sub-indeks bagi parameter DO, COD, NH3-N, dan TSS adalah rendah di hampir semua stesen-stesen pensampelan yang berada di bahagian tengah sehingga hilir jajaran sungai (St. 6-St. 14). Ujian ANOVA satu hala menunjukkan hampir semua parameter kualiti air di antara stesen kajian adalah berbeza dengan signifikan (p<0.05, α=0.05). Analisis perbandingan menggunakan ujian t-berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan diantara nilai parameter kualiti air bagi dua masa pensampelan (p<0.05, α=0.05). Berdasarkan analisis kluster, potensi sumber pencemar dapat diklasifikasikan kepada NH3-N (hulu dan hilir sungai) serta BOD5, COD, NH3-N dan TSS (pertengahan jajaran sungai). Hasil simulasi kualiti air semasa menunjukkan pola kepekatan menaik bagi parameter BOD5, COD, NH3-N, pH dan TSS dari hulu ke hilir sungai dan kepekatan DO adalah sebaliknya. Simulasi senario aliran rendah Q7,100 yang menggambarkan keupayaan minimum sungai untuk mengasimilasi bahan cemar menunjukkan penurunan nilai pH dan DO, serta peningkatan pada nilai BOD5, NH3-N dan TSS semakin ke hilir sungai. Strategi pengawalan sumber pencemar pada sumber air menunjukkan kualiti air kelas IIB boleh dicapai bagi parameter COD, NH3-N dan TSS di Sg. Langat. Hasil analisis menunjukkan pengawalan kemasukan bahan cemar pada kepekatan tertentu dapat menurunkan tahap pencemaran di dalam sungai dan mencapai kelas IIB. Kajian ini telah berjaya memperlihatkan potensi mengurangkan pencemaran di dalam Sungai Langat dan mencapai sekurang-kurangnya kelas IIB melalui pengawalaturan kepekatan bahan cemar yang memasuki sumber air.,Ph.D
Pages: 214
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian kapasiti tampungan kualiti air sungai langat menggunakan pemodelan qual2k.pdf
  Restricted Access
Partial1.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.