Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519721
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMasni Mohd Ali, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohamad Arif Che Abd Rahim (P97787)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:14:05Z-
dc.date.available2023-10-17T08:14:05Z-
dc.date.issued2021-04-19-
dc.identifier.otherukmvital:130579-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519721-
dc.descriptionPenghasilan sedimen di kawasan perairan berpunca dari proses hakisan dan luluhawa kimia yang berlaku secara berterusan dan dipertingkatkan ketika musim monsun. Musim monsun sebagai faktor utama dalam proses luluhawa menyebabkan berlaku perubahan dalam komposisi mineral lempung dan diikuti oleh pemendapan sedimen yang tetap di kawasan permukaan teras sedimen dan berubah dalam teras sedimen. Sebanyak tiga puluh tiga stesen dipilih untuk pengambilan sampel sedimen permukaan dan lapan sampel teras sedimen pada tahun 2018 ketika Monsun Timur Laut dan pada tahun 2017 ketika Monsun Barat Daya dalam mengkaji ciri-ciri mineral lempung, unsur geokimia, nutrien dan geokronologi. Kesan monsun terhadap perubahan mineralogi sedimen dan tekstur sedimen pada setiap perubahan monsun juga dapat dikenalpasti. Keputusan kajian yang diperolehi melalui analisa tekstur sedimen pada permukaan mendapati kandungan pasir yang tinggi pada tahun 2017 (63.4%) dan lempung pada tahun 2018 (9.27%). Ini menjelaskan bahawa input dari lembangan saliran mempengaruhi jumlah tekstur pada sedimen di kawasan perairan ketika Monsun Barat Daya, berbanding dengan bioturbasi pada sedimen yang berlaku pada Monsun Timur Laut. Bagi himpunan mineral lempung, purata bagi setiap peratus komposisi untuk keseluruhan mineral lempung adalah 13.60% diperolehi untuk kaolinit, 29.54% untuk ilit, 28.06% untuk montmorilonit dan 28.74% untuk klorit. Perbezaan yang tinggi pada kedua-dua monsun bagi komposisi ilit adalah sebanyak 11.38%, di mana Monsun Timur Laut mendominasi pengeluaran ilit di perairan Malaysia. Ini menunjukkan bahawa monsun mempengaruhi taburan komposisi mineral lempung secara langsung, dan meningkatkan jumlah unsur geokimia dan nutrien yang dibawa oleh ilit, sebagai salah satu bahan hakisan utama di Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, variasi profil sedimen mengikut monsun yang berubah-ubah bagi unsur geokimia (Al, Fe, Ti, Cr, Mn, Mg) dan 210Pb, mencirikan kepelbagaian input dan juga mekanisma yang berlaku ke atas sedimen pukal dan juga teras sedimen. Selain itu, kadar pemendapan turut berjaya merekodkan julat sebanyak 0.2 cm/tahun hingga 0.95 cm/tahun manakala anggaran umur yang diperoleh adalah dari dari 1.2 tahun hingga 162.2 tahun di dalam teras sedimen. Pengaplikasian kaedah statistik multivariat melalui Analisis Komponen Utama (PCA) terhadap unsur geokimia, nutrien, dan 210Pb ke atas kepelbagaian mineral tanah liat dan tekstur sedimen bagi setiap musim berjaya mengesahkan monsun mempunyai hubungan terus terhadap tekstur sedimen dan juga mineralogi tanah liat sebagai bawaan bagi bahan nutrien, unsur geokimia dan 210Pb ketika musim monsun. Gambaran visual oleh plot pemuatan dan plot skor dari model PCA turut mendapati bahawa terdapat perubahan dari segi taburan dan juga tindakbalas luluhawa akibat monsun telah berjaya direkodkan.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCoasts -- Malay Peninsula-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan perubahan monsun terhadap pencirian mineral lempung dan enapan sedimen di perairan Selat Melaka dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages384-
dc.identifier.callnoGB460.M4M634 2021 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.