Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519720
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Riza Mohd Suradi, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSuzyanty Mohd Shokory (P70784)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:14:05Z-
dc.date.available2023-10-17T08:14:05Z-
dc.date.issued2021-05-07-
dc.identifier.otherukmvital:130578-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519720-
dc.descriptionKegagalan sesebuah projek mengikut masa, kualiti dan bajet yang telah ditetapkan dalam industri pembinaan menjadi satu fenomena biasa dan sejagat. Banyak kajian lepas yang mendedahkan kelemahan kepimpinan pengurus projek sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan projek. Namun, kebanyakan kajian hanya menumpu kepada tahap yang tertentu dan kurang kajian yang mempertimbangkan organisasi sebagai satu sistem pelbagai tahap yang mengandungi organisasi, pengurusan, pasukan/kumpulan dan individu. Justeru, dalam kajian ini pendekatan analisis pemodelan pelbagai tahap digunakan dalam menentukan pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek pada tahap kumpulan ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek pada tahap individu. Gaya kepimpinan pengurus projek melibatkan kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi, manakala prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dibahagikan kepada prestasi kerja dalam tanggungjawab sebenar dan prestasi kerja dalam tanggungjawab tambahan. Peranan faktor psikologi atau daya kekuatan dalaman ahli-ahli pasukan projek sebagai pemboleh ubah perantara dalam pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek turut juga dikaji dengan menggunakan kaedah Butstrap Monte Carlo. Sampel kajian yang terdiri daripada 195 ahli pasukan projek daripada 39 kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan di Selangor dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata berkadaran. Data diperoleh melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik. Ahli-ahli pasukan projek terdiri daripada jurutera projek, penyelia projek, perunding projek dan lain-lain individu yang terlibat dalam satu projek yang sama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, kepimpinan transformasi pengurus projek pada tahap kumpulan merupakan faktor peramal yang dominan terhadap prestasi kerja dalam tanggungjawab sebenar dan prestasi kerja dalam tanggungjawab tambahan ahli-ahli pasukan projek yang berada pada tahap individu berbanding kepimpinan transaksi pengurus projek. Dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa faktor psikologi atau daya kekuatan dalaman, iaitu efikasi kendiri dan keterlibatan kerja ahli-ahli pasukan projek, berperanan sebagai perantara dalam hubungan di antara kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi pengurus projek pada tahap kumpulan dan prestasi kerja dalam tanggungjawab sebenar dan prestasi kerja dalam tanggungjawab tambahan ahli-ahli pasukan projek pada tahap individu. Seterusnya, dapatan kajian ini telah mengesyorkan model konsep prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek berasaskan faktor psikologi atau daya kekuatan dalaman ahli-ahli pasukan projek, dan kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi pengurus projek yang dapat menjadi panduan berguna dalam memastikan kejayaan sesuatu projek dalam sektor pembinaan. Hasil kajian diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak yang berkaitan dalam merancang, menyusun dan melaksanakan usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dan memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectConstruction industry -- Management-
dc.subjectConstruction industry -- Management -- Vocational guidance-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengaruh kepimpinan pengurus projek terhadap prestasi karja ahli-ahli pasukan projek pembinaan di Selangor-
dc.typetheses-
dc.format.pages403-
dc.identifier.callnoHD9715.A2S859 2021 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh kepimpinan pengurus projek terhadap prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek pembinaan di Selangor.pdf
  Restricted Access
Full-text234.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.