Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519717
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wickneswari Ratnam, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Hidayah Che Mat (P69262) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:14:03Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:14:03Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130575 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519717 | - |
dc.description | Jatropha curcas (L.) merupakan tanaman yang sesuai sebagai bahanapi bio kerana bersifat saka serta bukan merupakan sumber makanan. Namun, penanaman J. curcas (L.) tidak memberikan pulangan ekonomi disebabkan oleh kurangnya bahan tanaman yang berhasil tinggi, percampuran jenis pendebungaan serta menunjukkan kepelbagaian genetik yang rendah lalu menyebabkan hasil biji lebih rendah daripada jangkaan. Dalam mengenalpasti aksesi berhasil tinggi untuk penghasilan progeni elit, sejumlah 420 keratan batang J. curcas (L.) yang mewakili 21 aksesi dari Malaysia, Indonesia, Afrika Selatan, Thailand, Cape Verde, Vietnam, India dan Filipina telah dibiakkan dan dinilai prestasi pertumbuhannya. Penilaian telah dijalankan dari Disember 2012 hingga Disember 2013 di Pusat Penyelidikan Biodiesel, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Pilah. Lima aksesi iaitu UKMJC1, UKMJC4, UKMJC5, UKMJC13 dan UKMJC14 telah dipilih berdasarkan ciri yang menonjol (ketinggian pokok (PH), bilangan buah setiap pokok (NFPP), bilangan jambak bunga setiap pokok (NIPP), bilangan buah setiap jambak bunga (NFPI), berat seratus biji (HSW), bilangan biji setiap pokok (NSPP) dan hasil setiap pokok (YPP)) untuk menghasilkan kacukan dwialel penuh pada Ogos 2015. Penilaian ke atas kestabilan ciri agronomi dan komponen hasil dalam aksesi pula dilakukan melalui penilaian berterusan ke atas 126 individu J. curcas (L.) yang dipilih secara rawak sehingga Disember 2014. Tiga ciri iaitu PH, bilangan bunga setiap jambak bunga (NFI) dan YPP (g) menunjukkan perbezaan yang bererti antara aksesi selepas satu tahun penanaman manakala empat ciri iaitu NIPP, NFPP, NFPI dan HSW menunjukkan perbezaan yang bererti antara aksesi selepas dua tahun penanaman. Kebanyakan pokok yang menunjukkan prestasi yang baik pada tahun pertama merupakan antara pokok yang mempunyai prestasi yang baik pada tahun kedua. Kolerasi positif yang sangat tinggi dan bererti telah ditemui antara NFPP dan NSPP. Nilai maksimum untuk beberapa ciri pada tahun pertama dan kedua masing-masing ialah 109.42 cm dan 233.33 cm untuk PH, 29 dan 304 untuk NFPP, 82.20 g dan 72.25 g untuk HSW, 80 dan 786 untuk NSPP serta 66.45 g dan 464.99 g untuk YPP. Dalam kajian yang berasingan, penilaian dilakukan terhadap kesan sistem pembiakan (sistem pendebungaan campuran, pendebungaan sendiri dan aseksual) terhadap penghasilan buah dan kualiti biji benih. Kajian ini melibatkan 150 bunga betina daripada lima aksesi J. curcas (L.) (UKMJC10, UKMJC13, UKMJC17, UKMJC20 dan UKMJC21). Ciri NFPP dan NSPP menunjukkan perbezaan yang bererti (p��0.05) dalam pendebungaan campuran berbanding pendebungaan sendiri. Dua daripada lima aksesi iaitu UKMJC13 dan UKMJC21 menunjukkan kebolehupayaan membiak secara aseksual. Kesan heterosis dalam progeni 5 5 kacukan dwialel penuh seterusnya dilakukan ke atas 60 progeni F1. Progeni tersebut telah dinilai terhadap tiga ciri anak pokok iaitu PH, BPP dan diameter dasar pokok (BSD). Dua daripada tiga ciri iaitu PH dan BPP menunjukkan perbezaan yang bererti antara kacukan. Ketinggian pokok tertinggi ditunjukkan dalam UKMJC13 UKMJC1 manakala bilangan cabang tertinggi diperolehi dalam kacukan UKMJC5 UKMJC1 dan UKMJC1 UKMJC4. Progeni F1 dari kombinasi kacukan ini seterusnya boleh dicadangkan digunakan untuk tujuan penghasilan benih baka progeni J. curcas (L.) unggul.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Jatropha | - |
dc.subject | Jatropha -- Utilization | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pemilihan aksesi berhasil tinggi dan stabil, kesan pendebungaan serta penilaian kacukan penuh dwialel menggunakan aksesi jarak (Jatropha curcas L.) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 187 | - |
dc.identifier.callno | QK495.E9N837 2021 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pemilihan aksesi berhasil tinggi dan stabil kesan pendebungaan serta penilaian kacukan penuh dwialel menggunakan aksesi jarak.pdf Restricted Access | Partial | 461.93 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.