Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519708
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Razaq Ahmad, Prof. Dato Dr. | - |
dc.contributor.author | Asmahani Muhthar (P96376) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:13:58Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:13:58Z | - |
dc.date.issued | 2022-03-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129483 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519708 | - |
dc.description | Pembangunan kualiti pendidikan merupakan imej kepada negara. Mengambilkira hal itu, Malaysia dan Indonesia antara negara yang menekankan kemahiran pemikiran sejarah dan nilai patriotisme dalam konteks kurikulum Sejarah untuk membangunkan kualiti pendidikan di negara masing-masing. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah di Selangor, Malaysia dan di Bandung, Indonesia daripada perspektif guru dan murid. Berdasarkan perspektif guru aspek sokongan persekitaran, pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi Sejarah dikenalpasti bagi menentukan peningkatan pelaksanaan pengajaran Sejarah efektif. Manakala daripada perspektif murid pula, penilaian terhadap aspek pelaksanaan pengajaran Sejarah efektif ditinjau bagi meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dan nilai patriotisme. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dan melibatkan sampel seramai 800 guru Sejarah dan 1200 murid yang dipilih secara rawak berstrata di Malaysia dan di Indonesia. Hasil kajian rintis menunjukkan keseluruhan item berada pada tahap kebolehpercayaan tinggi. Secara keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan tahap sokongan persekitaran di Malaysia adalah sederhana berbanding di Indonesia. Manakala aspek pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi Sejarah dan pelaksanaan pengajaran Sejarah efektif berada di tahap tinggi di Malaysia dan di Indonesia. Analisis Ujian-t dan ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek pengetahuan guru dan pelaksanaan pengajaran Sejarah efektif berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar di Malaysia berbanding di Indonesia. Bagi analisis regrasi berganda pula didapati pengetahuan kaedah pengajaran Sejarah berkesan merupakan faktor dominan terhadap pelaksanaan pengajaran Sejarah di kedua negara tersebut. Keseluruhan dapatan bagi perspektif murid pula menunjukkan tahap penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru dan kemahiran pemikiran sejarah adalah sama di Malaysia dan di Indonesia iaitu pada tahap sederhana. Sebaliknya, bagi aspek patriotisme pula mencapai tahap yang tinggi di kedua negara tersebut. Manakala analisis Ujian-t bagi aspek patriotisme berdasarkan jantina menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di Malaysia berbanding di Indonesia iaitu terdapat perbezaan yang signifikan. Aspek kemahiran pemikiran sejarah pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di Malaysia dan di Indonesia. Bagi analisis regrasi berganda pula menunjukkan penilaian murid terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah guru merupakan faktor yang memberi sumbangan signifikan terhadap kemahiran pemikiran sejarah dan patriotisme di Malaysia dan di Indonesia. Implikasi kajian menunjukkan guru Sejarah di Malaysia perlu mengaplikasi pendekatan dan sumber yang lebih efektif bagi merangsang minat dan keberkesanan dalam meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dan amalan nilai patriotisme.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kualiti pendidikan | - |
dc.subject | Malaysia | - |
dc.subject | Indonesia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sokongan persekitaran dan pelaksanaan kurikulum dalam meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dan persepsi nilai patriotisme. Satu tinjauan di Malaysia dan Indonesia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 378 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Sokongan persekitaran dan pelaksanaan kurikulum dalam meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dan persepsi nilai patriotisme satu tinjauan di Malaysia dan Indonesia.pdf Restricted Access | Partial | 1.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.