Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519703
Title: Analisis tafsir hermeneutik berasaskan pendekatan usul al-Tafsir
Authors: Salman Zainal Abidin (P72723)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Qur'an -- Hermeneutics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Sep-2020
Description: Pendekatan Hermeneutik dalam mentafsirkan al-Quran semakin mendapat sambutan dalam kalangan sarjana Muslim. Walau bagaimanapun, para sarjana Muslim tidak sekata dalam menentukan keabsahan pendekatan ini untuk diaplikasikan terhadap al- Quran. Ini adalah kerana pendekatan Hermeneutik adalah berasal dari tradisi barat dan digunakan oleh cendekiawan Kristian untuk memahami dan mentafsirkan Bible. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai pendekatan Hermeneutik dengan menganalisis hasil pentafsiran-pentafsiran sarjana Muslim yang mengaplikasikan pendekatan ini. Parameter yang menjadi asas dalam analisis terhadap pentafsiran-pentafsiran ini ialah ilmu Uṣūl al-Tafsīr. Rekabentuk utama kajian alah kajian analisis kandungan (content analysis) kerana subjek kajian adalah analisis terhadap Tafsir Hermeneutik melalui Uṣūl al-Tafsīr. Kajian ini juga berbentuk deskriptif (descriptive) kerana ia bertujuan mengenalpasti definisi dan perbincangan dalam ilmu Uṣūl al-Tafsīr yang dijadikan asas dalam menganalisis pendekatan Hermeneutik. Hasil kajian mendapati penggunaan metode Hermeneutik melalui pendekatan linguistik, sejarah, latarbelakang sosio budaya, kontekstual dan tekstual adalah merupakan pendekatan yang menyeleweng dan menyalahi metode Uṣul al- Tafsīr yang digunapakai oleh para sarjana tafsir. Kajian ini mendedahkan kepincangan pentafsiran-pentafsiran oleh tokoh-tokoh Hermeneutik yang seharusnya diberikan perhatian oleh tokoh-tokoh agama ketika menyampaikan pentafsiran al-Quran terhadap masyarakat.,Ph.D.
Pages: 351
Call Number: BP130.2.S235 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis tafsir hermeneutik berasaskan pendekatan usul altafsir.pdf
  Restricted Access
Full-text3.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.