Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519686
Title: al-Diyat bayna al-shari'ah wa al-qanun : bdirasah muqaranah bayna fiqh al-madhahib al-arba'ah wa qanun al-jaza' al-Irani
Authors: Osman Mohammadi (P51475)
Supervisor: Hashem Maht, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Blood money (Islamic law) -- Iran
Issue Date: 12-Jun-2013
Description: Isu diat menjadi perbincangan utama sama ada di kalangan para ahli fiqh dan kehakiman, kerana ia mempunyai kepentingan yang besar dalam kehidupan seharian manusia. Permasalahan yang dihadapi oleh pengkaji sebelum memulakan kajian ialah ketiadaan buku khusus atau kajian tersendiri yang menghimpunkan segala isu-isu yang berkaitan dengan tajuk kajian dan melakukan perbandingan antara mazhabmazhab fiqh sunni yang empat dengan Kanun Keseksaan Iran yang bersandarkan kepada mazhab al-Ja'fari, dan juga kerana tidak diketahui titik-titik persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya disebabkan ketiadaan kajian-kajian perbandingan yang dilakukan tentang perkara ini. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk menghimpunkan segala isu berselerakan yang berkaitan dengan tajuk kajian serta mempersembahkan isu-isu baru berkaitan diat secara terperinci, begitu juga bagi mewujudkan satu kajian perbandingan tersendiri yang meliputi hukum hakam diat dalam mazhab sunni yang empat dengan Kanun Keseksaan Iran bagi menjelaskan sejauh mana persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Kajian ini menggunakan metode deduktif dengan membuat pemerhatian kepada hukum hakam fiqh dan teks undang-undang yang berkaitan dengan tajuk kajian, sebagaimana kajian ini turut menggunakan metode perbandingan dalam menjelaskan bentuk-bentuk persamaan dan perbezaan antara pendapat-pendapat mazhab sunni yang empat dan Kanun Keseksaan Iran. Kajian ini juga turut menggunakan metode analisis deduktif dalam menganalisis permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan tajuk kajian, serta menyimpulkan pandangan yang rajih (kuat) berdasarkan pandangan pengkaji. Pengkaji juga cuba memberikan gambaran yang jelas tentang diat, dan melaluinya pengkaji berjaya memperoleh beberapa dapatan. Antara yang terpenting ialah: kadar diat pada zaman kini adalah berdasarkan kadar nilai unta pada zaman Rasulullah SAW; penentuan prinsip 'aqilah sebagai asas kerjasama dan saling membantu antara umat Islam; keharusan syarikat insurans Islam, syarikat insurans koperasi dan syarikat insurans sosial bertindak menggantikan 'aqilah bagi membayar diat; persamaan antara lelaki dan perempuan dalam masalah diat terhadap nyawa dan 'yang lebih rendah daripadanya'; dan persamaan non muslim yang terdiri daripada orang Yahudi, Nasrani, Majusi dan penyembah berhala dengan muslim dalam masalah diat.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D
Pages: 247
Call Number: BP158.B563M837 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.