Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519682
Title: Analisis kefungsian gen Abp57 dalam arabidopsis dan pemprofilan transkriptom padi transgenik Abp57
Authors: Tan Lay Wen (P62384)
Supervisor: Zamri Zainal , Prof.Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Arabidopsis
Rice -- Research
Issue Date: 8-Jan-2017
Description: Reseptor auksin memainkan peranan penting dalam tapak jalan transduksi isyarat sebagai gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan persekitaran. Protein pengikat auksin merupakan protein yang berpotensi sebagai reseptor auksin dan telah dikenalpasti mengikat kepada auksin pada membran plasma. Dalam kajian ini, teknologi transgenik telah digunakan untuk mengkaji peranan Auxin-binding protein 57, Abp57 dalam gerak balas terhadap tekanan kepayahan air dan saliniti. Arabidopsis thaliana dan padi transgenik telah dijana dengan kaedah transformasi berperantarakan Agrobacterium tumefaciens. Pengekspresan Abp57 secara berlebihan menyebabkan A. thaliana transgenik menjadi toleran terhadap tekanan osmotik dan tekanan saliniti. A. thaliana transgenik didapati mempunyai akar yang lebih panjang, biojisim dan keupayaan untuk menghalang kehilangan air yang lebih tinggi berbanding dengan kawalan apabila diberi rawatan kepayahan air. Di bawah rawatan natrium klorida (NaCl), A. thaliana transgenik juga didapati mempunyai akar yang lebih panjang dan kandungan klorofil yang tinggi berbanding dengan kawalan. Selain itu, padi transgenik Abp57 adalah lebih rendah dan mempunyai bilangan tiler yang lebih banyak secara signifikan (P < 0.05) berbanding dengan kawalan. Bagi memahami profil gen yang terekspres bagi padi transgenik Abp57, eksperimen mikroatur telah dijalankan. Data mikroatur padi transgenik diperolehi dengan menggunakan platform GeneChip oleh Affymetrix. Analisis data mikroatur mendapati sebanyak 131 gen dikawalatur secara terbeza (DEG) pada padi transgenik Abp57 pada nilai P < 0.05 dan dua kali ganda perubahan pengekspresan atau lebih (foldchange ≥ 2). Analisis perkayaan ontologi gen mendapati bahawa DEG dikawalatur secara signifikan (P < 0.05) pada membran dan envelop organel. Selain itu, terma ontologi gen (GO) untuk proses biologi yang signifikan (P < 0.05) adalah seperti biosintesis lipid, fosforilasi asid amino, reaksi redoks, pengangkutan ferum, homeostasis ion, perkembangan organ reproduktif dan gerak balas terhadap rangsangan persekitaran. Analisis rangkaian kefungsian gen menggunakan RiceNet v2 berjaya merangkaikan 40 DEG yang dikategorikan kepada empat kluster iaitu homeostasis ferum dan zink, biosintesis lipid dan flavonoid, sintesis ATP berpandukan kecerunan proton dan rantai pengangkutan elektron fotosistem II serta sistem pertahanan dan biosintesis gibberellin. Kesimpulannya, pendekatan sistem biologi berjaya diaplikasikan dalam kajian ini melalui analisis perkayaan fungsian dan jaringan ko-pengekspresan yang boleh dikaitkan dengan fenotip padi transgenik Abp57. Penglibatan gen Abp57 dalam perubahan morfologi, pertahanan tumbuhan dan proses biologi lain yang penting juga telah dikenalpasti dalam kajian ini.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 222
Call Number: QK495.C9W443 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis kefungsian Gen.pdf
  Restricted Access
138.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.