Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519677
Title: Peranan budaya dan iklim organisasi ke atas pemilihan pendekatan pengurusan sumber manusia strategik
Authors: Mohd Faizal Mohd Isa (P34783)
Supervisor: Arifin Hj. Zainal, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Corporate culture
Organizational behavior
Organizational change
Personnel management
Issue Date: 15-Jul-2012
Description: Cabaran terbesar organisasi masa kini ialah bagaimana organisasi ingin memastikan pendekatan dalam menguruskan sumber manusia yang strategik bersesuaian dengan budaya dan iklim organisasi mereka. Maka tujuan kajian ini ialah untuk melihat hubungan dan pengaruh budaya organisasi ke atas pemilihan pendekatan pengurusan sumber manusia strategik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menentukan tahap dimensi bagi budaya organisasi, iklim organisasi dan pendekatan pengurusan sumber manusia strategik organisasi. Seterusnya kajian ini juga bertujuan mengenalpasti perbezaan budaya dan sub budaya organisasi di dalam organisasi awam dan swasta. Akhir sekali kajian ini menghuraikan pengaruh iklim organisasi dalam hubungan antara budaya organisasi dan pendekatan pengurusan sumber manusia strategik. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan metod kuantitatif iaitu data dikutip melalui pengedaran soal selidik ke atas semua lapisan pekerja kesemua organisasi. Tahap kebolehpercayaan ketiga-tiga pemboleh ubah adalah tinggi iaitu nilai α antara .84 hingga .95. Seramai 187 orang pekerja pelbagai peringkat dalam industri penyiaran di Malaysia terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik kajian ini mengandungi 99 item yang dipecahkan kepada empat bahagian iaitu pertama mengukur dimensi budaya organisasi, kedua mengukur iklim organisasi, ketiga mengukur pendekatan pengurusan sumber manusia strategik dan keempat mengumpul maklumat demografi responden. Dapatan kajian menunjukkan tahap dimensi budaya organisasi berorientasikan penambahbaikan produk, dimensi iklim organisasi berasaskan amalan pengurusan terbaik dan dimensi pendekatan pengurusan sumber manusia strategik berasaskan amalan kerja berpenglibatan tinggi adalah tertinggi berbanding dimensi-dimensi lain dalam setiap pemboleh ubah kajian. Analisis ujian-t pula, mendapati tiada perbezaan yang signifikan dalam budaya organisasi antara organisasi awam dan swasta. Manakala keputusan perbandingan sub budaya organisasi, mendapati hanya organisasi swasta sahaja menunjukkan perbezaan sub budaya yang signifikan. Keputusan analisis korelasi Pearson mendapati sebanyak 33 daripada 35 hipotesis menunjukkan hubungan yang signifikan iaitu 25 hubungan positif dan lapan hubungan negatif antara dimensi budaya organisasi dengan dimensi pendekatan pengurusan sumber manusia strategik. Manakala analisis regresi, menunjukkan budaya organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan tertinggi iaitu 56.3% ke atas pendekatan pengurusan sumber manusia strategik berasaskan amalan kerja berpenglibatan tinggi. Akhir sekali, keputusan analisis regrasi bertatatingkat (hierarchical) mendapati iklim organisasi bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhanaan dalam hubungan dimensi budaya organisasi dengan dimensi pendekatan pengurus sumber manusia strategik. Penemuan kajian ini mengesahkan bahawa organisasi perlu menilai kesesuaian budaya dan iklim organisasi bagi memastikan pemilihan pendekatan pengurusan sumber manusia strategik yang tepat.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 329
Call Number: HD58.7.M834
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.