Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519662
Title: Pengurusan fasiliti dalam amalan keselamatan dan kesihatan di pejabatkerajaan, Putrajaya
Authors: Hafizi Zakaria (P41523 )
Keywords: Fasiliti
Putrajaya
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 21-Jun-2012
Description: Pada masa kini pelbagai isu berkaitan keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada kelemahan pengurusan fasiliti di bangunan atau pejabat kerajaan seperti kerosakan fasiliti, keretakan bangunan, kebocoran bumbung dan sebagainya kerap diperkatakan. Justeru itu, amalan keselamatan dan kesihatan merupakan aspek penting dalam pengurusan fasiliti bagi memastikan pejabat sentiasa selamat dan sihat untuk diduduki oleh pekerja. Persoalan utamanya ialah apakah tahap sebenar pengurusan fasiliti pada masa kini serta impak keselamatan dan kesihatan yang dialami oleh pekerja pejabat? Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneliti senario semasa pelaksanaan dan kekangan pengurusan fasiliti dalam amalan keselamatan dan kesihatan, mengenal pasti faktor fizikal persekitaran dan menganalisis persepsi serta kesan yang dialami oleh pekerja pejabat kerajaan. Matlamat utama kajian ini adalah membentuk indeks pengurusan fasiliti dalam amalan keselamatan dan kesihatan di pejabat kerajaan. Bagi mencapai tujuan ini, sebanyak 9 daripada 61 buah blok pejabat kerajaan di Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi kajian. Responden terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama, pekerja pejabat kerajaan dengan jumlah 562 orang dan kedua, pekerja pengurusan fasiliti dengan jumlah 100 orang. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Analysis Moment of Structures (AMOS) digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian mendapati, pelaksanaan pengurusan fasiliti dalam amalan keselamatan dan kesihatan di pejabat kerajaan Putrajaya berada pada tahap yang baik. Kekangan semasa pengurusan fasiliti pula berada pada tahap neutral menghampiri tidak serius dengan kedua-dua kumpulan responden merumuskan bahawa kekangan utama adalah kos penyelenggaraan semakin meningkat terutamanya kos yang melibatkan alat ganti. Di samping itu, kedua-dua kumpulan responden menggambarkan hampir kesemua faktor fizikal persekitaran dalam kajian sangat penting bagi mempengaruhi keselamatan dan kesihatan. Secara keseluruhannya pekerja pejabat kerajaan bersetuju bahawa persekitaran pejabat kerajaan Putrajaya adalah selamat, sihat dan selesa serta memberi kepuasan kepada mereka, yang mana keadaan ini mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja seharian. Akhir sekali, kajian ini berjaya membentuk indeks pengurusan fasiliti dalam amalan keselamatan dan kesihatan di pejabat kerajaan. Indeks ini akan memudahkan organisasi pengurusan fasiliti membuat penilaian dan pemantauan secara berkesan dan sistematik dalam menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 330
Call Number: HD7260.62.M4H336 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.