Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519649
Title: Meneroka kompetensi kaunselor dalam pengendalian kaunseling klien gay dan lesbian di Malaysia
Authors: Siti Hajar Jamal (P79286)
Supervisor: Salleh Amat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Gays -- Counseling of
Counseling
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Jan-2020
Description: Isu gay dan lesbian merupakan satu fenomena yang sudah sekian lama wujud di barat dan telah mula menular di Malaysia. Kaunselor wajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan kes golongan gay dan lesbian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama iaitu (i) meneroka kompetensi kaunselor dalam pengendalian kaunseling gay dan lesbian, (ii) meneroka faktor penyumbang kepada kompetensi dan (iii) mengenal pasti cabaran kaunselor berhadapan dengan klien gay dan lesbian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara kajian kes. Pengumpulan data dilakukan menggunakan temu bual mendalam separa berstruktur dan analisis dokumen. Teknik persampelan bertujuan digunakan yang mana peserta kajian perlu memenuhi kriteria berikut iaitu: (i) kaunselor yang mempunyai latihan sekurang-kurangnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam kaunseling, (ii) kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan mempunyai sijil perakuan amalan, (iii) perkhidmatan sebagai kaunselor lebih daripada tiga tahun, (iv) kaunselor yang berpengalaman mengendalikan sesi kaunseling dengan klien gay dan lesbian sekurang-kurangnya satu kes dan (v) kaunselor yang secara sukarela berminat untuk melibatkan diri dalam kajian ini. Kajian ini juga melibatkan 15 orang peserta kajian. Seterusnya, data melalui rakaman temu bual yang telah ditrankripsi dianalisis secara analisis tema berdasarkan objektif kajian dengan bantuan perisian NVivo 11. Kesahan dan kebolehpercayaan data yang dilakukan adalah secara triangulasi, semakan rakan, nota lapangan, semakan peserta kajian, pengesahan pakar "interater Cohen Cappa" dan teknik refleksitiviti kajian. Hasil kajian mendapati kemunculan tema-tema berkaitan elemen kompetensi iaitu (i) pengetahuan, (ii) kemahiran, (iii) sikap, (iv) kesungguhan dan (v) nilai. Manakala, bagi tema faktor penyumbang kompetensi pula adalah (i) menyantuni golongan gay dan lesbian, (ii) pandangan pakar psikologi dan klinikal dan (iii) latihan dan program berkaitan gay dan lesbian. Akhir sekali, bagi tema isu dan cabaran melibatkan, (i) isu kompetensi, (ii) karakteristik klien dan (iii) tiada model rujukan. Hasil kajian memberi sumbangan kepada kaunselor dengan meningkatkan kepentingan kecekapan kaunselor dalam pengendalian kaunseling gay dan lesbian. Implikasi kajian ini juga dapat menyedarkan kaunselor untuk memberi sokongan moral kepada golongan gay dan lesbian, dari segi emosi, psikologi dan rohani melalui perkhidmatan kaunseling tanpa wujudnya bias, prejudis dan diskriminasi.,Ph.D.
Pages: 378
Call Number: RC558.S568 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.