Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519646
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAb. Halim Tamuri, Prof. Dato' Dr.-
dc.contributor.authorNorakyairee Mohd Raus (P59410)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:28Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:28Z-
dc.date.issued2019-09-24-
dc.identifier.otherukmvital:117883-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519646-
dc.descriptionAmalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) al-Quran pada asasnya merujuk kepada guru Pendidikan Islam (GPI) dalam mempraktikkan gabungan pelbagai aktiviti pengajaran yang jelas dari aspek strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang membawa kepada sesuatu amalan pengajaran. Ia mempunyai impak yang signifikan khususnya dalam memindahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran al-Quran kepada murid berkeperluan khas ketidakupayaan penglihatan (MBKP). Perkara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah melahirkan murid yang mempunyai potensi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu pengetahuan sesuai dengan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Kajian ini bertujuan meneroka amalan pengajaran al-Quran (mata pelajaran Pendidikan Islam) dalam kalangan GPI opsyen Pendidikan Khas (PK) berasaskan elemen persediaan guru, pelaksanaan pengajaran, kesesuaian persekitaran bilik darjah dan permasalahan GPI di SKPK (Penglihatan). Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif sebagai metodologi kajian. Data diperolehi melalui temu bual semi struktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data ini dianalisis menggunakan perisian N'Vivo versi 8.0. Seramai lapan orang GPI Pendidikan Khas dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa GPI memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memastikan pengajaran al-Quran dapat disampaikan dengan berkesan dan sesuai dengan kekuatan dan kelainan upaya belajar MBKP. Walau bagaimanapun terdapat permasalahan yang dihadapi oleh GPI dalam proses PdP al-Quran antaranya kurang kemahiran mengajar al-Quran berbantukan al-Quran Braille disebabkan kurang latihan dan panduan atau modul khusus PdP al-Quran berbantukan al-Quran Braille, kekangan masa, komitmen ibu bapa dan isu yang melibatkan kemampuan MBKP itu sendiri. Kajian ini merumuskan bahawa GPI didapati mempunyai kefahaman yang jelas terhadap aspek yang dibincangkan. Kajian ini menghasilkan beberapa implikasi model dan implimentasi dalam kerangka amalan pengajaran al-Quran dalam kalangan GPI terhadap MBKP.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQuran -- Study and teaching-
dc.subjectIslamic religious education-
dc.subjectBraille -- Study and teaching-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAmalan pengajaran al-Quran dalam kalangan guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Penglihatan) di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages322-
dc.identifier.callnoBP131.5.N637 2019 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.