Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519641
Title: Analisis multi-platform berasaskan metabolomik bagi mengenal pasti sebatian anti-plasmodium daripada Clinacanthus nutans
Authors: Noor Haslinda Noor Hashim (P74018)
Supervisor: Jalifah Latip, Prof. Madya Dr.
Keywords: Clinacanthus nutans
Pokok belalai gajah
Malaria
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jul-2019
Description: Clinacanthus nutans dikenali sebagai pokok belalai gajah merupakan salah satu herba perubatan yang didakwa boleh merawat keradangan, bertindak sebagai antivirus dan antioksidan. Di samping itu, ekstrak C. nutans telah dikenal pasti berpotensi merawat malaria kerana berupaya merencat parasit Plasmodium falciparum. Bagi memastikan keberhasilan maksimum penggunaan herba ini, kesan dua kaedah pengekstrakan (rendaman sejuk dan sonikasi) serta tiga kaedah pengeringan (udara, ketuhar dan sejuk-beku) ke atas sampel daun dan batang C. nutans yang liar dan ditanam telah dikaji. Seterusnya, ekstrak yang diperolehi diuji potensinya dalam merawat malaria melalui aktiviti anti-plasmodium. Kesemua ekstrak kemudiannya dianalisis menggunakan analisis multi-platform seperti ATR-FTIR, 1H NMR dan LC-MS yang digabungkan bersama analisis multivariat serta dikorelasi dengan aktiviti anti-plasmodium bagi mengenal pasti ekstrak dan sebatian yang aktif terhadap aktiviti anti-plasmodium. Ekstrak sonikasi daun C. nutans liar yang dikeringkan dengan pengeringan ketuhar merekodkan peratus hasil tertinggi (11.67%) manakala hasil ekstrak tertinggi bagi sampel batang ialah ekstrak sonikasi batang daripada pengeringan udara (13.6%). Sampel pengeringan sejuk beku daun yang diekstrak secara sonikasi dan rendaman sejuk mempamerkan aktiviti anti-plasmodium yang paling tinggi dengan nilai IC50 45.23 dan 48.45 μg/mL dan keselektifan yang tinggi terhadap P. falciparum. Analisis metabolomik berdasarkan data FTIR menunjukkan semua ekstrak mempamerkan corak serapan yang sama tetapi berbeza daripada segi keamatannya. Analisis OPLS-DA mencadangkan ekstrak daun mengandungi sebatian kimia dengan kumpulan berfungsi C=O, C-O dan ��C-H manakala sebatian dengan kumpulan berfungsi C=C, N-H, C-O dan ��C-H hadir dalam ekstrak batang. Berdasarkan plot muatan OPLS, sebatian kimia yang memberikan aktiviti anti-plasmodium mengandungi kumpulan berfungsi C=O, -C-O, -C-OH dan -C-H. Bagi mengenal pasti sebatian tersebut, analisis metabolomik ke atas data 1H NMR bagi ekstrak dijalankan di mana ekstrak daun didapati mengandungi sebatian fenolik, sulfur glikosida, lipid, asid amino, asid lemak, kolina dan adenina berbanding ekstrak batang yang mengandungi sukrosa, fruktosa dan monoasilmonogalaktosilgliserol. Analisis OPLS menunjukkan sebatian klinakosida C, kolina, α-glukosida, fruktosa, shaftosida dan apigenin-6C,8C-diarabinopiranosida bertanggung jawab ke atas aktiviti anti-plasmodium. Selanjutnya analisis LC-MS ke atas ekstrak mendapati kromatogram ion jumlah mempamerkan tiga puncak ion pseudomolekul pada m/z 563 ([M-H]-, 533 ([M-H]-) dan 327 ([M-H]-) yang mewakili sebatian shaftosida, apigenin-6C,8C-diarabinopiranosida dan asid 9-okso-12,13-dihidroksioktadeke-(13)-noik. Analisis multivariat berdasarkan model OPLS menunjukkan shaftosida (IC50 = 6.70�1.54 μM) dan apigenin-6C,8C-diarabinopiranosida (sebatian piawai tidak diuji) merupakan sebatian yang bertanggungjawab ke atas perencatan P. falciparum. Keputusan yang serupa diperolehi apabila analisis dijalankan ke atas ekstrak C. nutans yang ditanam. Kesimpulannya, pendekatan metabolomik berasaskan analisis multi-platform berjaya mengenal pasti sebatian anti-plasmodium daripada C. nutans.,Tesis ini tidak ada ��Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah��,Ph.D.
Pages: 233
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis multi platform berasaskan metabolomik bagi mengenal pasti sebatian anti plasmodium daripada Clinacanthus nutans.pdf
  Restricted Access
Partial6.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.