Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519639
Title: Model variasi analisis pengumpulan data rangkaian dengan output tidak diingini sebagai penunjuk prestasi perkhidmatan bekalan air Malaysia
Authors: Norbaizura Kamarudin (P69268)
Supervisor: Wan Rosmanira Ismail, Dr.
Keywords: Water resources development -- Malaysia
Water rights -- Malaysia
Water-supply -- Economic aspects -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Jan-2019
Description: Pengukuran prestasi sektor air di Malaysia adalah penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air negara. Bagi tujuan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memperkenalkan penunjuk-penunjuk prestasi pada tahun 1994 yang digunakan untuk menanda aras tahap kecekapan dan keberkesanan pengendalian sistem bekalan air di setiap negeri. Satu daripada penunjuk prestasi yang penting dalam menentukan kecekapan pengendali air adalah peratusan Air tak berhasil atau lebih dikenali dengan singkatan NRW (Non-Revenue Water). Peratusan NRW ini menunjukkan aras kebocoran air yang dialami serta boleh diklasifikasikan sebagai output tidak diingini di dalam sistem bekalan air. Peratusan NRW yang rendah bagi satu pengendali air menunjukkan pihak pengendali air tersebut cekap berbanding yang lain. Namun begitu, penunjuk-penunjuk prestasi oleh SPAN yang mengukur prestasi fizikal, operasi, servis dan kewangan dikatakan tidak tepat kerana bukan sahaja memberikan ukuran individu secara berasingan, malah mengabaikan elemen input yang menghasilkan output dalam suatu proses pengukuran. Justeru itu, satu kaedah yang lebih sesuai bagi pengukuran prestasi sesuatu unit yang mengambil kira elemen input (boleh pelbagai) bagi menghasil output (boleh pelbagai) dalam satu ukuran tunggal iaitu melalui pendekatan Analisis Pengumpulan Data (DEA) telah diterokai. Pelbagai variasi model DEA telah berkembang dari model DEA klasik yang melibatkan hanya satu peringkat sahaja digelar Analisis Kotak Hitam hinggalah analisis yang melibatkan struktur rangkaian, yang, sesuatu proses boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat bersambungan sebelum menghasilkan produk akhir. Oleh itu, kajian ini membangunkan satu pendekatan alternatif sebagai satu pengukur prestasi bagi sistem bekalan air yang boleh distrukturkan sebagai proses rangkaian dua peringkat. Pendekatan ini menggunakan variasi model DEA berasaskan model Russell rangkaian. Setakat ini, kajian-kajian model Russell rangkaian yang sedia ada, masih belum menggabungkan elemen output tidak diingini, manakala kajian-kajian DEA bagi pengukuran prestasi sistem bekalan air pula hanya tertumpu kepada analisis satu peringkat sahaja. Disebabkan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menggabungkan model Russell rangkaian dengan elemen output tidak diingini sebagai model ukuran kecekapan untuk penunjuk prestasi baharu bagi sistem bekalan air di Malaysia. Model ukuran baharu yang lebih menyeluruh ini telah diuji bagi menilai kecekapan 14 negeri-negeri mewakili negeri pengendali air di Malaysia, dan boleh dijadikan sebagai penanda aras bagi kecekapan dan keberkesanan sistem bekalan air negara. Penemuan empirikal menunjukkan bahawa skor pangkat menggunakan model baharu berkorelasi tinggi dengan skor pangkat menggunakan model DEA rangkaian berasaskan pemboleh ubah lalai (NSBM). Ini membuktikan model baharu ini juga sesuai digunakan sebagai alat pengukuran alternatif. Tambahan pula, model yang dicadangkan dapat memberikan maklumat tentang unjuran sasaran yang boleh memandu pihak pengendali air yang tidak cekap untuk menambahbaik operasi mereka. Ukuran ini juga, boleh mengenal pasti peringkat atau proses dalam operasi bekalan air yang agak kritikal dan perlu diberi tumpuan yang lebih sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi masing-masing.,Ph.D.
Pages: 195
Call Number: HD1698.M4N637 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.