Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519636
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shahlan Surat, Dr. | - |
dc.contributor.author | M. Arif (P80422) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:13:22Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:13:22Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-24 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110165 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519636 | - |
dc.description | Kajian-kajian mengenai pencapaian akademik dalam kalangan pelajar menunjukkan bahawa status pencapaian akademik pelajar di Indonesia berada pada tahap yang membimbangkan, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar sekolah menengah. Personaliti, stail berfikir dan amalan kreativiti telah dikenal pasti sebagai antara faktor dalaman yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti saling hubungan personaliti, stail berfikir, amalan kreativiti dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga di jalankan bagi mengenal pasti hubungan antara domain personaliti, domain stail berfikir dan domain amalan kreativiti terhadap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini turut dijalankan untuk mengenal pasti kewujudan faktor pengantara (mediator) dalam hubungan-hubungan yang melibatkan personaliti, stail berfikir, amalan kreativiti dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian tinjauan ini, menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 500 orang pelajar tingkatan empat dan lima dari pada lima buah Sekolah Menengah Atas (SMA) di Payakumbuh, Indonesia yang telah dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata berkadaran. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan menggunakan teknik Model Persamaan Berstruktur (SEM) melalui perisian Analysis of Moment Structures (AMOS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa personaliti, stail berfikir, amalan kreativiti dan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Domain personaliti ekstraversi, persetujuan, kehemahan dan keterbukaan dominan dalam kalangan pelajar, namun domain personaliti neurotik menunjukkan sederhana dalam kalangan pelajar. Semua domain stail berfikir dominan dalam kalangan pelajar namun domain-domain amalan kreativiti keaslian, kelenturan, kelancaran menunjukkan sederhana dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Terdapat perbezaan yang signifikan domain personaliti kehemahan, keterbukaan, domain stail berfikir eksekutif, oligarki, global, internal, konservatif dan domain amalan kreativiti keaslian, kelenturan dan kelancaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Domain-domain personaliti mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar kecuali domain personaliti persetujuan dan neurotik. Domain stail berfikir eksekutif, oligarki, dan global mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Domain amalan kreativiti keaslian, kelenturan dan kelancaran mempunyai hubungan yang signifikan den gan pencapaian akademik pelajar. Kajian turut menunjukkan bahawa amalan kreativiti merupakan faktor pengantara (mediator) dalam hubungan antara personaliti ekstraversi, kehemahan dan keterbukaan dengan pencapaian akademik pelajar dan hubungan stail berfikir eksekutif, oligarki dan global dengan pencapaian akademik pelajar. Secara kesimpulan, kajian ini menyokong kepentingan personaliti, stail berfikir dan amalan kreativiti dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Serta kajian ini mencadangkan agar perhatian penuh terhadap faktor dalaman pelajar iaitu personaliti, stail berfikir dan amalan kreativiti dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar perlu menjadi perhatian.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Academic achievement -- Indonesia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Personaliti, stail berfikir, amalan kreativiti dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 299 | - |
dc.identifier.callno | LB1062.6.M833 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.