Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519615
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSupiana (P59211)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:13Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:13Z-
dc.date.issued2016-03-28-
dc.identifier.otherukmvital:98339-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519615-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan modul IQRAM dalam pengajaran dan pembelajaran sistem reproduksi dan mengukur keberkesanan modul ke atas pencapaian, sikap saintifik dan karakter pelajar pada topik sistem reproduksi pada manusia dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah tingkatan sembilan di Makassar Indonesia. Kajian ini merupakan kajian kuasi eksperimen menggunakan reka bentuk "non-equivalent control group design". Kajian ini melibatkan seramai 184 orang pelajar tingkatan sembilan yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan modul IQRAM, manakala kumpulan kawalan melalui proses pengajaran dan pembelajaran konvensional. Dalam kajian ini, pembangunan modul IQRAM dilakukan dengan menggunakan pendekatan kontekstual yang telah diubahsuai menggunakan strategi Inquiry (menemukan), Question (bertanya), Repeat (mengulang), Application (aplikasi), dan Moral (moral) (IQRAM) dengan topik sistem reproduksi manusia. Kesan yang ditunjukkan oleh pembolehubah bersandar diukur dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca pencapaian, soal selidik sikap saintifik, karakter dan protokol temubual. Data dinalisis secara deskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian-t, MANOVA dan MANOVA faktorial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan yang menggunakan modul IQRAM dibandingkan kumpulan kawalan yang menggunakan pembelajaran konvensional pada pencapaian konsep biologi. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan dalam kumpulan rawatan yang menggunakan modul IQRAM boleh meningkatkan sikap saintifik dan karakter pelajar. Analisis data ujian MANOVA faktorial 2x2 menunjukkan terdapat kesan utama pembolehubah kumpulan dan pembolehubah masa ujian, serta kesan interaksi kumpulan masa ujian yang signifikan terhadap sikap saintifik. Dapatan temubual turut menyokong dapatan kajian kuantitatif dalam setiap pembolehubah yang terlibat. Kajian ini memberi implikasi kepada peningkatan pencapaian, inovasi strategi pengajaran, latihan guru, amalan kurikulum berasaskan kompetensi dan sistem peperiksaan. Pola dapatan yang diperoleh menyajikan data empirikal yang membuktikan kefungsian strategi kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran biologi khususnya dalam meningkatkan pencapaian, sikap saintifik, dan karakter dalam kalangan pelajar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBiologi-
dc.subjectModul-
dc.subjectHuman reproduction -- Study and teaching-
dc.titlePembinaan dan keberkesanan modul IQRAM dalam pembelajaran sistem reproduksi-
dc.typetheses-
dc.format.pages402-
dc.identifier.callnoQH471.S837 2016 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembinaan dan Keberkesanan Modul IQRAM.pdf
  Restricted Access
218.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.