Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519612
Title: | Keberkesanan pembelajaran berasaskan konsultasi terhadap tekad keusahawanan pelajar politeknik |
Authors: | Mazura Mansor (P50982) |
Supervisor: | Norasmah Othman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Keusahawanan Pembelajaran Konsultasi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 16-Nov-2015 |
Description: | Kajian ini adalah berbentuk eksperimen-kuasi yang bertujuan untuk menguji keberkesanan Pembelajaran berasaskan Konsultasi (PBK) terhadap tekad keusahawanan pelajar politeknik. Kerangka konsepsual kajian telah dibina dengan gabungan teori-teori pembelajaran dan Teori Tingkah Laku Terancang (TTT). Faktor-faktor afektif yang terdiri daripada sikap terhadap keusahawanan, norma subjektif dan tingkah laku kawalan tertanggap (perceived behavioural control) serta faktor kognitif iaitu pencapaian pelajar dalam ujian Asas Keusahawanan dan ujian Rancangan Perniagaan merupakan pemboleh ubah bebas dalam kajian ini. Bagi mendapatkan kesan dalam situasi sebenar, kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen-kuasi ujian pra dan ujian pos kumpulan tidak setara di mana kajian ini menggunakan kelas-kelas sedia ada. Seramai 90 orang pelajar daripada dua buah kelas di Jabatan Perdagangan yang mengikuti program yang sama dan mengambil kursus keusahawanan telah dilibatkan. Sebuah kelas dijadikan kumpulan kawalan sementara sebuah lagi sebagai kumpulan rawatan yang diberikan "treatment" melalui pembelajaran berasaskan PBK. Keputusan analisis deskriptif mendapati kesemua skor min faktor afektif terhadap tekad keusahawanan bagi kumpulan PBK menunjukkan peningkatan selepas eksperimen berbanding sebelumnya, kecuali bagi faktor sikap terhadap keusahawanan. Perbandingan antara skor min faktor afektif bagi kedua-dua kumpulan selepas eksperimen mendapati skor min bagi kumpulan PBK adalah lebih tinggi daripada kumpulan PT. Bagi faktor kognitif, tahap pencapaian kumpulan rawatan selepas eksperimen telah meningkat kepada tahap sederhana tinggi (ST) berbanding kumpulan PT (sederhana rendah). Dapatan analisis inferensi pula menunjukkan bahawa penerapan strategi PBK dalam kursus PB201-Keusahawanan kepada pelajar Politeknik telah berjaya meningkatkan tingkah laku kawalan tertanggap dan efikasi kendiri keusahawanan pelajar secara signifikan. Bagi faktor kognitif pula, pencapaian pelajar kumpulan rawatan dalam membina rancangan perniagaan telah meningkat berbanding pelajar kumpulan kawalan. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tekad keusahawanan pelajar antara kumpulan kawalan dan rawatan. Ini menunjukkan bahawa strategi PBK perlu dimantapkan lagi agar ia dapat membantu dalam meningkatkan tekad keusahawanan pelajar politeknik yang seterusnya akan menambah bilangan graduan yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Dapatan kajian ini telah memberi implikasi terhadap Teori Tingkah Laku Terancang, pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran keusahawanan di Politeknik dan konsep kerja berpasukan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 378 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.