Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519611
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorGires Usup, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSuriyanti Su Nyun Pau (P62661)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:11Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:11Z-
dc.date.issued2016-09-14-
dc.identifier.otherukmvital:98324-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519611-
dc.descriptionToksin penyebab keracunan kerangan yang membawa kepada hilang ingatan (ASP), iaitu asid domoik (DA) adalah sejenis toksin saraf yang dihasilkan oleh beberapa alga marin termasuk diatom pennat Nitzschia. Pengambilan makanan laut yang mengandungi aras DA yang tinggi akan menyebabkan keracunan saraf pada manusia, mamalia dan burung. Terdapat ratusan spesies Nitzschia yang telah dilaporkan dari serata dunia tetapi maklumat mengenai kepelbagaian dan ketoksikan genus ini di perairan Malaysia adalah masih amat kekurangan. Dalam kajian ini telah ditentukan kehadiran, perhubungan filogenetik dan ketoksikan spesies Nitzschia marin dari perairan Malaysia. Sampel fitoplankton telah diambil menggunakan jaring plankton bersaiz mata 20 μm dari sembilan lokasi yang merangkumi sekitaran air payau, muara dan marin di Malaysia. Sel-sel yang menyerupai Nitzschia telah diasingkan dan sebanyak 106 kultur klon berjaya diwujudkan. Berdasarkan pencerapan melalui mikroskop cahaya dan elektron, hanya 30 isolat adalah spesies Nitzschia. Hasil kajian menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 14 spesies Nitzschia di perairan Malaysia termasuk cadangan dua spesies baharu iaitu N. johorensis sp. nov. dan N. dentatum, sp. nov. serta spesies bertoksik N. navis-varingica. Perhubungan filogenetik Nitzschia telah disimpulkan daripada jujukan nukleotida LSU rDNA dan telah menunjukkan bahawa genus ini tidak monofiletik. Spesies yang mempunyai lekukan di tengah tengah vaf terkelompok bersama dalam pokok filogenetik. Faktor yang lain seperti ketoksikan, lokasi dan habitat tidak membezakan dalam pokok filogenetik.Penghasilan toksin oleh kesemua 30 kultur telah diuji menggunakan kromatografi cecair prestasi tinggi dengan pengesanan UV menggunakan DA tulen sebagai rujukan. Sampel yang positif telah diuji selanjutnya menggunakan kromatografi cecair ��spektroskopi jisim (LC-MS). Dua isolat yang dikenalpasti sebagai N. navis-varingica telah disahkan menghasilkan DA sebagai komponen toksin utama. Pencilan lain termasuk satu isolat N. navis-varingica adalah tidak toksik. Kajian ini telah mendokumentasikan Nitzschia spp. yang hadir di perairan Malaysia dan memberikan bukti bahawa diatom marin Nitzschia penghasil asid domoik hadir di perairan Malaysia. Oleh itu wujud risiko berlakunya ASP di negara ini dan ini memerlukan pemantauan berkala.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectToksin-
dc.subjectFitoplankton-
dc.subjectDiatoms -- Malaysia -- Classification-
dc.titleKajian taksonomi, filogeni dan ketoksikan diatom marin Nitzschia (bacillariophyceae) di perairan Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages110-
dc.identifier.callnoQK569.D54S849 2017 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.