Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519602
Title: Model pengenapan radionuklid semulajadi uranium dan torium di pelabuhan Malaysia
Authors: Abdul Hafidz Yusoff (P70179)
Supervisor: Che Abd Rahim Mohamed, Prof. Dr.
Keywords: Radionuklid
Uranium
Torium
Pelabuhan -- Malaysia
Batuan granit
Radioisotopes
Issue Date: 10-Oct-2016
Description: Pelabuhan-pelabuhan yang terletak di perairan Malaysia berpotensi menerima input radionuklid uranium dan torium dari pelbagai sumber iaitu sumber litogenik yang disumbangkan oleh kebanyakan batuan granit yang mengelilingi perairan Semenanjung Malaysia, sumber autigenik yang dibawa dari lautan Barat Pasifik dan sumber antropogenik yang disumbangkan oleh aktiviti perindustrian dan perkapalan di sekitar pelabuhan. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan model bagi menggambarkan sumber utama pengenapan isotop uranium dan torium di pelabuhan Malaysia. Sebanyak lapan teras sedimen telah diambil daripada kawasan pelabuhan yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia (PBSM), Pantai Timur Semenanjung Malaysia (PTSM) dan Pantai Barat Borneo (PBB). Julat purata aktiviti 234U adalah dari 35.31�4.39 Bq/kg sehinga 67.34�5.65 Bq/kg, manakala julat purata 238U adalah dari 31.25�4.50 Bq/kg sehingga 81.27�7.48 Bq/kg. Julat purata isotop 230Th dan 232Th pula adalah 38.24�3.62 Bq/kg-150.83�13.86 Bq/kg dan 28.08�3.26 Bq/kg-119.59�14.58 Bq/kg. Taburan nisbah aktiviti 234U/238U dan 230Th/232Th menunjukkan sumber utama uranium dan torium di pelabuhan PBSM dan PTSM adalah dari sumber litogenik iaitu daripada batuan granit, manakala sumber utama uranium dan torium di pelabuhan PBB adalah dari sumber autigenik. Tiada sumber antropogenik radionuklid uranium dan torium yang didapati di pelabuhan Malaysia. Sebuah model telah dibangunkan bagi menggambarkan secara keseluruhan sumber radionuklid semulajadi uranium dan torium di pelabuhan. Secara kesimpulannya, sumber utama uranium di PBSM dan PTSM adalah dari sumber litogenik di mana lebih 80% aktiviti litogenik 238U telah terenap di pelabuhan. Sebaliknya, sumber utama uranium di pelabuhan PBB adalah dari sumber autigenik di mana 61% aktiviti autigenik uranium telah terenap ke pelabuhan PBB, dipercayai dibawa dari lautan Barat Pasifik. Ini disokong dengan wujudnya hubungan yang signifikan antara 238U dengan logam litogenik seperti zirkonium di pelabuhan PTSM (r = 0.323, p < 0.05) dan 238U dengan karbon organik di pelabuhan PBB (r = 0.598, p < 0.01).,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 285
Call Number: QC795.A334 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.