Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519601
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Hasliza Mat Desa (P55929) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:13:07Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:13:07Z | - |
dc.date.issued | 2017-02-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:85337 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519601 | - |
dc.description | Terdapat banyak kajian yang menyiasat hubungan antara tahap kualiti udara dan kesihatan manusia di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kajian berkaitan kesan kualiti udara terhadap kesihatan manusia masih terhad dan tidak diberi perhatian sepenuhnya di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan memanfaatkan data kemasukan pesakit ke hospital harian dan data kualiti udara bagi pemantauan kemasukan dan pembuatan keputusan di hospital. Data kemasukan pesakit ke hospital akibat penyakit respirasi dan kardiovaskular di sekitar Lembah Klang diperoleh dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dari tempoh masa 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2010. Data tahap kualiti udara seperti kepekatan zarah terampai berdiameter aerodinamik kurang daripada 10 μm (PM10), suhu dan kelembapan udara pula diperoleh daripada lima buah stesen pengawasan udara automatik yang beroperasi secara 24 jam sehari di Lembah Klang. Berdasarkan kemasukan hospital sedia ada, kajian ini menentukan nilai pemberat dan pangkat kepentingan lima kumpulan umur pesakit untuk dimasukkan ke hospital akibat penyakit respirasi dan kardiovaskular dengan mengambil kira pandangan penilai dan pada masa yang sama turut menggunakan kaedah matematik. Selain itu, kajian ini membangunkan carta kawalan yang bebas pengaruh autokorelasi bagi memantau tahap kemasukan pesakit ke hospital sama ada kemasukan berada dalam keadaan norma atau pun keadaan di luar kebiasaan. Dapatan menunjukkan sebanyak 48 titik anomali ekstrim tinggi dikesan dalam kemasukan pesakit ke hospital harian dengan kebanyakan isyarat anomali tinggi dikesan berlaku pada hari bekerja berbanding hujung minggu. Bagi corak bulanan, bilangan anomali ekstrim tinggi dicatatkan paling tinggi pada bulan Ogos manakala tiada sebarang titik anomali esktrim tinggi yang berlaku pada bulan April, Mei, Jun, November dan Disember. Menerusi proses pemantauan yang berkesan, pihak pengurusan hospital mampu merancang strategi dan menangani masalah pengagihan sumber di hospital seperti penyediaan peralatan, tenaga kerja, katil, wad dan bekalan ubat-ubatan. Di samping itu, kajian ini juga merangka model regresi yang bukan sahaja dapat menilai hubungan antara kepekatan 10 PM dan pusat sebaran atau purata kemasukan pesakit ke hospital harian, malah ianya turut menilai hubungan antara kepekatan 10 PM dan kemasukan pesakit ke hospital harian rendah (kuantil ke-0.1) dan kemasukan tinggi (kuantil ke-0.9). Dapatan menunjukkan kepekatan 10 PM hanya mempunyai hubungan yang bererti dengan purata kemasukan pesakit ke hospital harian bagi kumpulan pesakit berumur dari 4 hingga 17 tahun. Walaupun tiada sebarang hubungan ditemui antara 10 PM dan kemasukan pesakit ke hospital harian rendah, namun 10 PM lebih cenderung dikaitkan dengan kemasukan pesakit ke hospital harian tinggi bagi kumpulan pesakit berumur bawah 4 tahun, kumpulan pesakit berumur dari 4 hingga 17 tahun dan kumpulan pesakit berumur dari 18 hingga 50 tahun. Maklumat ini dapat dijadikan satu sumber peringatan yang berguna kepada semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa, pihak sekolah dan sektor penjagaan kesihatan supaya lebih peka dan bersama-sama memikul tanggungjawab demi memastikan kesihatan golongan yang terlibat lebih terjamin dan dilindungi daripada ancaman bahaya kualiti udara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Data kemasukan pesakit | - |
dc.subject | Data kualiti udara | - |
dc.subject | Hospital harian | - |
dc.subject | Tahap kesihatan | - |
dc.subject | Kepekatan PM10 | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pemanfaatan data kemasukan pesakit ke hospital harian akibat penyakit respirasi dan kardiovaskular dan data kepekatan PM10 untuk pemantauan tahap kesihatan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 180 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.