Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519599
Title: Falsafah keindahan ukiran Kubah Sakhrah pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimi, Kerajaan Franks dan Kerajaan Ayyubi
Authors: al-'Allan Marwan Abd al-Rahim 'Abd Allah
Keywords: Islamic architecture-Jerusalem
Issue Date: 1-Mar-2013
Description: Kajian ini membincangkan falsafah keindahan pada ukiran Kubah Sakhrah di zaman Fatimi, zaman penjajahan Frank dan kerajaan Ayyubi (359 - 648 Hijrah, 929 - 1250 Masihi). Dalam tempuh jangkamasa ini sistem politik di bandar al-Quds telah berubah sebanyak tiga kali, mengikut aliran pemerintah ketika itu. Era pertama ialah pada zaman kerajaan Fatimi yang menganut fahaman syiah (359H), kedua ialah penjajahan Salibiyyah (492H) dan era yang terakhir ialah kerajaan Ayyubi yang merupakan golongan sunni (583H). Analisis falsafah keindahan ini dilakukan dalam bentuk deskriptif dan perbandingan terhadap ketiga-tiga pemerintah ini melalui ukiran-ukiran dan perhiasan yang ada. Kepentingan kajian ini adalah ia merupakan satu pembacaan sejarah melalui apa yang ditinggalkan oleh kerajaan tersebut pada ukiran dan perhiasan, serta gambaran fahaman falsafah setiap kerajaan melalui ukiran yang terdapat ketika itu. Ini ialah kerana ukiran-ukiran merupakan gambaran terhadap kebudayaan, pusaka dan keseniaan yang dicipta oleh pemerintah ketika itu. Ini juga penting untuk berhadapan dengan serangan Yahudi kini yang mempunyai persamaan dengan era penjajahan Frank yang berusaha untuk menghapus dan menghilangkan identiti bandar al-Quds dari kesan-kesan Arab dan Islam. Kajian ini menggunakan metodologi deskriptif dengan menganalisis realiti dan menitikberatkan aspek deskriptif yang detil. Ia melakarkan fenomena yang ada dan menghuraikan ciri-cirinya. Perbandingan juga dilakukan di antara ukiran-ukiran yang ada dan yang terdapat sebelumnya untuk mengenalpasti sumber awal ukiran tersebut serta perubahan yang berlaku terhadapnya. Di antara hasil kajian ini ialah ia berjaya mengemukakan gambaran detil terhadap sejarah dan geografi bandar al-Quds serta memaparkannya sebagai sebuah bandar yang mempunyai ciri keagamaan melalui ukiran dan perhiasan. Hasil kajian ini juga memperincikan nilai kesenian ukiran dan perhiasan yang bercirikan Arab dan Islam pada umumnya, dan kaitannya dengan aspek kerohanian Islam. Kajian juga menghuraikan nilai ukiran yang terdapat di Kubah Sakhrah dan aspek sejarah yang terdapat padanya, sambil menyingkap perubahan yang berlaku pada zaman Fatimi yang bermadzhab Syiah, zaman Frank yang cuba menjadikan bandar al-Quds sebagai markaz Kristian dan juga ibukota kepada kerajaan Mamluk Kristian ketika itu. Ini diikuti dengan huraian terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan Ayyubi selepas memerdekakan bandar al-Quds dari kerajaan Salibiyyah yang tidak berapa ketara jika dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan sebelumnya. Kajian ini menyimpulkan bahawa pembacaan falsafah, kebudayaan dan kesenian sesuatu ummat boleh dilaksanakan melalui kajian ukiran, perhiasan dan simbol dari aspek kesenian. Kesimpulan lain yang dicapai ialah permusuhan politik di antara kerajaan merupakan penghalang bagi perkembangan pusaka dan kebudayaan. Kajian ini merumuskan bahawa identiti bandar al-Quds melalui ukiran Kubah Sakhrah adalah beridentiti Arab dengan ciri Islam dan sebarang percubaan untuk mengubah identiti ini tidak akan berjaya sebagaimana telah terbukti sepanjang sejarah.,PhD / Doktor Falsafah
Pages: 240
Call Number: NA5978.J4.A44 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.