Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519590
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Zulfiqar Shah bin Abdul Hadi (P58287)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:02Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:02Z-
dc.date.issued2015-01-26-
dc.identifier.otherukmvital:84420-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519590-
dc.descriptionAl-Qira'at al-Shadhdhah merupakan bacaan yang tertolak dan tidak dikira sebahagian daripada al-Quran. Ini kerana ia tidak menepati rukun bacaan Qiraat yang telah disepakati oleh para ulama'. Antara tokoh sahabat yang paling banyak disandarkan bacaan Al-Qira'at al-Shadhdhah adalah cAbd Allah bin Mascud r.a sekalipun beliau mempunyai kredibiliti dan reputasi yang tinggi. Ini kerana, terdapat sejumlah Qiraat yang bersumberkan Qiraat Ibn Mascud r.a telah dipinggirkan dan dikira sebagai shadhdhah terutama setelah peristiwa pengumpulan dan penyalinan semula al-Quran pada zaman cUthman r.a. Ini telah memberi ruang kepada musuh dan pengkritik Islam menjadikan beliau dan Qiraatnya sebagai modal untuk menyerang ketulenan al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti periwayatan bacaan al-Qira'at al-Shadhdhah yang bersumberkan cAbd Allah bin Mascud r.a. Seterusnya ia dinilai dan dianalisis berdasarkan salah satu rukun bacaan yang diterima iaitu wajib selari dengan rasm mashaf cUthmani. Kajian ini juga bertujuan mengkaji hubungan dan perkaitan antara Rasm cUthmani dan al-Qira'at al-Shadhdhah. Kajian ini adalah kajian kualitatif melalui pendekatan analisa dokumen dengan menggunakan metode analisis deskriptif. Kajian ini mendapati sejumlah 402 tempat perbezaan bacaan dan tulisan yang terdapat antara Qiraat Ibn Mascud dengan Mashaf cUthmani. Hasil analisis mendapati berlakunya khilaf pada lima bentuk iaitu pertama; Pergantian (al-Ibdal) sebanyak 270 tempat, kedua; Penambahan (al-Ziyadah) sebanyak 71 tempat, Ketiga; Pengurangan (al-Nuqsan) sebanyak 23 tempat, keempat; Mendahului dan Mengakhirkan (al-Taqdim wa al-Ta'khir) sebanyak 10 tempat dan kelima ialah Khilaf Berkelompok (al-Tajamu' al-Ikhtilaf) sebanyak 28 tempat. Kajian membuktikan keseluruhan bacaan al-Qira'at al-Shadhdhah bersumberkan cAbd Allah bin Mascud r.a adalah bersifat tafsiriyyah dan tidak ada yang bersifat antonim. Kajian juga mendapati hubungan antara Rasm cUthmani dan al-Qira'at al-Shadhdhah telah terputus apabila termaktub nya Mashaf cUthmani. Selain itu, ketokohan cAbd Allah bin Mascud r.a juga tidak terpalit sekalipun pelbagai dakwaan dilemparkan kepadanya. Implikasi dari kajian ini menunjukkan keaslian dan ketulenan mashaf cUthmani adalah tidak boleh diragukan. Kajian lanjutan perlulah diteruskan dalam bidang ilmu Qiraat bagi memastikan ketulenan al-Quran dan Qiraat terus terpelihara.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAl-Quran-
dc.subjectQur'an - Readings-
dc.titlePiawaian keselarian rasm uthmani al-qira'at terhadap al-shadhdhah bersumberkan qiraaat Abd Allah Ibn Mas'ud R.A-
dc.typetheses-
dc.format.pages349-
dc.identifier.callnoBP131.5.A37 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.