Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519510
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSahbudin Shaari, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAffa Rozana Abdul Rashid (P54699)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:12:34Z-
dc.date.available2023-10-17T08:12:34Z-
dc.date.issued2014-
dc.identifier.otherukmvital:76234-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.myjspui/handle/123456789/519510-
dc.descriptionSensor berasaskan gentian optik telah banyak menarik perhatian disebabkan penggunannya hanya memerlukan ruang yang kecil dan sesuai di pelbagai persekitaran. Namun demikian, kajian secara komprehensif diperlukan untuk mendapatkan mekanisma kehilangan kuasa dalam sensor gentian optik. Kajian yang dilaporkan ini adalah mengenai sejenis sensor gentian optik yang dipunarsalutan silikanya dan dilapisi dengan bahan nano ZnO serta lain-lain oksida logam untuk melihat interaksinya dengan medan evanesen ketika kehadiran analit. Metodologi kajian melibatkan sintesis bahan nano serta pencirian bentuk morfologi, optik dan elektrik. Sampel bahan ujikaji yang digunakan untuk kajian adalah nanopartikelZnO yang didop dengan Al, In, Sn serta nanorodZnO. Oksida logam yang lain seperti SnO2 dan TiO2 turut disintesis untuk perbandingan. Bahan nano disintesis dengan menggunakan kaedah sol gel yang ditumbuhkan di atas substratkuartza untuk pencirian bahan dan juga pada teras gentian optik untuk dijadikan sensor. Sifat-sifat morfologi permukaan, optik dan elektrik bahan dianalisis menggunakan medan pancaran mikroskop elektron imbasan (FESEM), penyebaran tenaga sinar-X (EDX), pembelauan sinar-X (XRD), spektrometer UV-Vis, kefotopendarcahayaan (PL), pengukuran I-V di bawah keadaan gelap dan sinar UV. Bagi proses penyediaan gentian optik kajian, gentian multimod telah dipunar pada suhu bilik dengan asid hidrofluorik pada kepekatan 49%. Gentian yang dipunar akan dibentuk lengkuk-U dan terasnya dilapiskan dengan bahan nano yang bertindak sebagai pengesan. Paramater optimum bagi gentian berlengkuk-U kajian adalah gentian yang mempunyai diameter teras 105 �m dan jejari lengkungan kira-kira 1.5 mm. NanopartikelZnO dan bahan nano kajian dimendapkan pada gentian yang telah dipunar. Saiz nanopartikelZnO dan jurang jalur akan bertambah apabila suhu sepuh-lindap meningkat. Saiz nanopartikel yang kecil adalah lebih sensitif berbanding saiz yang lebih besar kerana tindakbalas bahan meningkat apabila nisbah permukaan kepada isipadu adalah tinggi. Kajian pencirian elektrik bahan nano telah membantu dalam memahami mekanisma pengesan dalam operasi sensor gentian yang dicadangkan. Dalam hal ini model pengaliran cas, pancaran termionik dan pancaran medan atau terowongan telah digunakan untuk menerangkan bagaimana elektron-elektron melintasi sempadan butiran. Bagi perambatan cahaya di dalam gentian, sebahagian kuasa dari medan evanesen sinar 1310 nm akan diserap apabila melintasi pelapisan bahan nano. Kehilangan kuasa ini dapat dikaitkan dengan kesan penyerakan dan serapan foton 1310 nm di mana memberi kesan kepada transisi elektron dalam jalur konduksi bahan nano berkenaan. Mekanismapenyerakan optik berlaku apabila foton-foton medan evanesen terbias keluar berpunca daripada perubahan indeks biasan. Selain itu, kehilangan juga disebabkan oleh penyerapan foton 1310 nm di ruang intra jalur dan bertindak dengan elektron bebas bahan nano. Kajian ke atas gentian optik silika dengan pelapisan ZnO dalam kehadiran sinar UV ini adalah pertama kali dilaporkan. Kesimpulannya, tindakbalas gentian tanpa salutan dan dengan pelapisan bahan nano dianalisis di mana berkebolehan mengesan pelbagai analit kajian pada suhu bilik.,PHD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectOptical fiber detectors-
dc.subjectNano zink oksida-
dc.subjectSensor gentian optik-
dc.subjectFiber optics-
dc.titleInteraksi medan evanesen dengan pelapisan bahan nano zink oksida untuk sensor gentian optik-
dc.typetheses-
dc.format.pages182-
dc.identifier.callnoTA1815.A355 2014 3 tesis-
dc.identifier.barcode000869-
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.