Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519507
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorFaridah Yunus (P43741)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:12:33Z-
dc.date.available2023-10-17T08:12:33Z-
dc.date.issued2013-
dc.identifier.otherukmvital:76226-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519507-
dc.descriptionPendekatan Penaksiran Autentik mengaplikasikan kaedah Pemerhatian Naturalistik untuk mengumpul dan menganalisis pelbagai data mengenai perkembangan kanak-kanak yang sesuai dengan konteks sosiobudaya bagi merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mengikut keperluan individu. Tujuan kajian adalah memulakan pelaksanaan Penaksiran Autentik dengan mengadaptasi kaedah Penaksiran Berasaskan Kurikulum (PBK) dari budaya barat ke dalam praktis di sebuah tadika. Ia melibatkan 100 orang kanak-kanak etnik Melayu berumur di antara 36-72 bulan. Transformasi P&P dari orientasi akademik kepada integrasi domain perkembangan ini menggunakan prosedur kitaran Kajian Tindakan dan melibatkan usaha kolaboratif antara penyelidik, guru-guru, dan para profesional dalam bidang kanak-kanak. PBK yang digunakan sebagai petunjuk dalam proses pelaksanaan memperincikan 217 kriteria perkembangan kanak-kanak tipikal berumur 36-72 bulan dan dikelaskan mengikut domain iaitu motor halus, motor kasar, adaptif, kognitif, sosio-komunikasi, dan sosial. Pendekatan praksis menghasilkan tiga kitaran iaitu kitaran pertama (K1): pemilihan Kriteria Domain Perkembangan, kedua (K2): pengubahsuaian terhadap proses P&P, dan ketiga (K3): penyelarasan ke atas Kriteria Domain Perkembangan dengan ruang aktiviti dan aktiviti kanak-kanak. K1 melibatkan terjemahan langsung yang dilaksanakan oleh penyelidik dan penyunting; kajian rintis kesesuaian format skor oleh pemerhati novis; semakan ke atas Kriteria Domain Perkembangan, yang telah diterjemahkan, oleh enam orang Pakar Bidang kanak-kanak; dan pemerhatian aktiviti P&P di lapangan kajian oleh penyelidik. Analisis kesahan isi menunjukkan Kriteria Domain Perkembangan PBK sesuai diaplikasikan dalam konteks kajian. K2 pula melibatkan latihan kepada enam orang guru untuk mengubahsuai proses P&P yakni pengubahsuaian terhadap ruang aktiviti dan aktiviti kanak-kanak yang sesuai dengan Kriteria Domain Perkembangan PBK (dapatan K1). Analisis menunjukkan melalui latihan guru, ruang aktiviti dan aktiviti kanak-kanak telah bercambah dan berkembang seperti yang dirancang. Dalam K3, penyelidik, enam pemerhati profesional, dan tiga orang pemerhati separa profesional menyelaras Kriteria Domain Perkembangan PBK (dapatan K1) dengan ruang aktiviti dan aktiviti kanak-kanak (dapatan K2), melalui Pemerhatian Naturalistik. Analisis menunjukkan Kriteria Domain Perkembangan PBK dapat digabungjalinkan ke dalam aktiviti kanak-kanak dan ruang aktiviti yang telah dibangunkan. Data telah dianalisis secara visual dan teknik statistik deskriptif. Secara keseluruhannya, masih terdapat sebilangan kecil Kriteria Domain Perkembangan PBK yang tidak dapat diperhatikan secara naturalistik, maka prosedur K1, K2, dan K3 perlu penambahbaikan pada masa hadapan. Proses kajian menghasilkan garis panduan untuk para penyelidik dan guru dalam melaksanakan Penaksiran Autentik. Panduan ini terhad untuk permulaan pelaksanaan sahaja dan memerlukan kajian lanjutan pada masa hadapan bagi pelaksanaan Penaksiran Autentik secara menyeluruh dan konsisten.,PHD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPenaksiran penaksiran autentik-
dc.subjectPendidikan awal kanak-kanak-
dc.subjectEducational tests and measurements-
dc.titlePelaksanaan penaksiran autentik dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak - satu kajian tindakan-
dc.typetheses-
dc.format.pages430-
dc.identifier.callnoLB3051 F347 2013-
dc.identifier.barcode000864-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.