Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519498
Title: Kecerdasan emosi pelajar dan aktiviti pemupukan kecerdasan emosi dalam bilik darjah
Authors: Yantri Maputra
Supervisor: Prof. Madya Dr. Saemah Rahman
Keywords: Kecerdasan emosi pelajar
Bilik darjah
Kecerdasan dan kesihatan
Educational psychology -- Study and teaching
Issue Date: 28-Mar-2013
Description: Kajian ini adalah satu kajian penerokaan yang bertujuan untuk mencari aktiviti pemupukan kecerdasan emosi yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah dan hubungan aktiviti pemupukan dengan kecerdasan emosi pelajar dalam bilik darjah. Lebih terperinci kajian ini melihat persepsi guru terhadap pemupukan kecerdasan emosi dalam bilik darjah, serta melihat pola aktiviti pemupukan kecerdasan emosi dalam bilik darjah. Selanjutnya kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti profil kecerdasan emosi pelajar, mengenal pasti hubungan dan sumbangan aktiviti pemupukan dalam bilik darjah terhadap tahap profil kecerdasan emosi pelajar. Gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dipilih sebagai kaedah kajian. Kajian ini dijalankan melalui dua fasa iaitu fasa pertama mengunakan kaedah kajian kes terhadap 22 guru Sekolah Menengah Atas di Sijunjung Indonesia. Manakala fasa kedua dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 320 orang responden yang terdiri dari pelajar Sekolah Menengah Atas di Sijunjung Indonesia. Satu set protokol temu bual digunakan pada fasa pertama dan dua set borang soal selidik digunakan pada fasa kedua. Data fasa pertama dianalisis secara tematik menggunakan bantuan perisian Nvivo versi 7. Manakala data fasa kedua dianalisis menggunakan statistik deskriptif (Min, Peratusan & Sisihan Piawai) dan statistik inferensi (korelasi Pearson, Regresi Berganda) dengan bantuan peri sian SPSS versi 16.0. Hasil kajian menunjukkan wujud aktiviti pemupukan kecerdasan emosi pelajar dalam bilik darjah. Kajian menemui 7 kategori aktiviti pemupukan kecerdasan emosi iaitu (i) aktiviti pemupukan keyakinan diri, (ii) aktiviti pemupukan nilai murni dan moral, (iii) aktiviti pemupukan penyesuian diri, (iv) aktiviti pemupukan minat, (v) aktiviti pemupukan kemahiran sosial, (vi) aktiviti pemupukan komunikasi yang berkesan, (vii) aktiviti pemupukan belajar yang produktif dan inovatif. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan domain kesedaran kendiri dengan kategori pemupukan kecerdasan emosi ((i) aktiviti pemupukan keyakinan diri, (ii) aktiviti pemupukan nilai murni dan moral, (iii) aktiviti pemupukan penyesuian diri, (iv) aktiviti pemupukan minat, (v) aktiviti pemupukan kemahiran sosial, (vi) aktiviti pemupukan komunikasi yang berkesan, (vii) aktiviti pemupukan belajar yang produktif dan inovatif). Manakala domain kemahiran sosial mempunyai hubungan dengan enam kategori pemupukan kecerdasan emosi iaitu (i) aktiviti pemupukan keyakinan diri, (ii) aktiviti pemupukan nilai murni dan moral, (iii) aktiviti pemupukan penyesuian diri, (iv) aktiviti pemupukan kemahiran sosial, (v) aktiviti pemupukan komunikasi yang berkesan, (vi) aktiviti pemupukan belajar yang produktif dan inovatif.. Akhir sekali dapatan kajian mendapati aktiviti pemupukan kemahiran sosial memberi sumbangan yang signifikan terhadap domain kesedaran- kendiri dan domain kemahiran sosial. Hasil kajian ini mencadangkan perlunya guru melakukan aktiviti pemupukan yang terancang dalam bilik darjah untuk meningkatkan kecerdasan emosi pelajar.,Doktor Falsafah
Pages: 333
Call Number: LB1051.M357 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.