Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519494
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zalizan Mohd Jelas, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Norshidah Mohamad Salleh (P31789) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:12:29Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:12:29Z | - |
dc.date.issued | 2013-09-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75124 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519494 | - |
dc.description | Kajian keratan rentas ini bertujuan untuk membina profil kemahiran sosial murid berkeperluan khas penglihatan dan murid tipikal mengikut kumpulan umur, kategori berkeperluan khas penglihatan dan penempatan di sekolah. Murid tipikal dalam kajian ini berfungsi sebagai kumpulan rujukan bagi perkembangan sosial. Tiga aspek kemahiran sosial yang dinilai ialah tingkah laku sosial peringkat asas, hubungan antara satu sama lain dan tingkah laku sosial peringkat kognitif. Sampel kajian terdiri daripada 167 orang murid berkeperluan khas penglihatan dan 315 orang murid tipikal di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alat Penilaian Kemahiran Sosial Untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Penglihatan (Social Skill Assessment Tool for Children with Visual Impairment: SSSAT-VI) oleh McCallum dan Sacks (1993) digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan nilai min untuk menentukan tahap kemahiran sosial murid. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran sosial murid berkeperluan khas penglihatan lebih rendah tahapnya bagi ketiga-tiga aspek kemahiran sosial bagi semua kumpulan umur berbanding rakan sebaya yang tipikal. Analisis inferensi Kruskal Wallis menunjukkan terdapat perbezaan tahap kemahiran sosial dalam kalangan murid berkeperluan khas penglihatan dan murid kategori rabun antara kumpulan umur. Murid kategori buta tidak menunjukkan perbezaan bagi kemahiran tingkah laku sosial peringkat asas dan elemen kemahiran bahasa badan serta kemahiran tafsir keadaan sosial antara murid yang lebih muda dengan murid yang lebih tua usianya. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran bahasa badan murid berkeperluan khas penglihatan mengikut umur di sekolah pendidikan khas. Dapatan analisis MANOVA dan Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan tahap kemahiran sosial bagi semua aspek kemahiran sosial antara murid berkeperluan khas penglihatan dengan murid tipikal. Hasil kajian telah menyediakan profil perkembangan kemahiran sosial murid berkeperluan khas penglihatan dan murid tipikal. Profil yang dihasilkan menunjukkan corak perkembangan kemahiran sosial yang berbeza antara murid berkeperluan khas penglihatan kategori buta dan rabun berbanding murid tipikal. Aspek kemahiran sosial yang paling tinggi bagi murid tipikal ialah kemahiran tingkah laku sosial peringkat asas. Murid berkeperluan khas penglihatan pula khususnya murid kategori buta, menunjukkan tahap paling rendah bagi kemahiran tersebut. Perbezaan ini memberi implikasi kepada amalan pendidikan untuk murid berkeperluan khas penglihatan dari segi keperluan pelaksanaan program intervensi dan kurikulum menerusi pengajaran secara formal serta penempatan murid berkeperluan khas penglihatan di sekolah. Cadangan model pelaksanaan intervensi dikemukakan berdasarkan hasil kajian.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kemahiran Sosial Murid Berkeperluan Khas | - |
dc.subject | Kemahiran Sosial Murid Berkeperluan Khas Penglihatan Dan Murid Tipikal | - |
dc.subject | Special education | - |
dc.title | Profil Kemahiran Sosial Murid Berkeperluan Khas Penglihatan Dan Murid Tipikal: Satu Kajian Diskriptif | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 261 | - |
dc.identifier.callno | LC3965 .N646 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 000556 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.