Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519479
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorJefridin Pilus (P36763)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:12:24Z-
dc.date.available2023-10-17T08:12:24Z-
dc.date.issued2011-
dc.identifier.otherukmvital:74886-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519479-
dc.descriptionKajian ini bertujuan meneroka maklum balas guru terhadap respon pelajar semasa pengajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat dan kesannya terhadap tingkah laku pelajar. Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian iaitu (a) apakah jenis maklum balas yang digunakan oleh guru semasa pengajaran di dalam bilik darjah; (b) bagaimanakah guru melaksanakan amalan maklum balas semasa pengajaran di bilik darjah, dan (c) apakah kesan maklum balas guru terhadap perlakuan pelajar semasa pengajaran di bilik darjah. Kajian ini merupakan satu kajian kes kualitatif yang melibatkan seorang guru Bahasa Arab dan sebuah kelas pelajar tingkatan empat. Teknik yang digunakan untuk mengutip data ialah teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Perhatian dilakukan dengan disokong penggunaan skedul pemerhatian dan rakaman video. Temu bual dijalankan ke atas guru dan pelajar yang terlibat dengan interaksi semasa sesuatu pengajaran berlaku. Setiap temu bual dirakam secara audio bagi memastikan tiada data yang tertinggal. Temu bual dijalankan selepas selesai sesuatu pengajaran. Analisis dokumen melibatkan rekod pengajaran guru. Data yang dikumpul, dianalisis secara kualitatif dengan menghurai dapatan yang diperoleh bagi menjawab persoalan kajian. Penganalisisan secara kuantitatif juga dilakukan bagi melaporkan kekerapan penggunaan maklum balas oleh guru semasa pengajaran di bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis maklum balas yang digunakan oleh guru terbahagi kepada dua bahagian iaitu berbentuk eksplisit dan implisit. Maklum balas eksplisit dinyatakan secara lisan dan bukan lisan. Maklum balas lisan pula bersifat linguistik dan bukan linguistik. Maklum balas implisit dinyatakan dalam bentuk yang saling difahami antara pelajar dan guru. Cara guru melaksanakan amalan maklum balas adalah dengan menerima atau tidak menerima respon pelajar, pemeriksaan, penamaan, pencungkilan, pembetulan, eksklimasi dan pendapat. Manakala kesan maklum balas terhadap tingkah laku pelajar ialah adanya penawaran maklumat oleh pelajar, berlaku wacana, melengkapkan maklumat, pembetulan, isyarat kefahaman, dan tiada respon lanjut.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGuru-
dc.subjectPelajar-
dc.subjectBahasa Arab Tinggi-
dc.subjectEffective teaching -- Case studies-
dc.titleMaklum balas guru terhadap respon pelajar semasa pengajaran Bahasa Arab Tinggi: satu kajian kes-
dc.typetheses-
dc.format.pages411-
dc.identifier.callnoLB1025.3 .J438 2011-
dc.identifier.barcode000390-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.