Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519474
Title: Penjejakan panjang-ingatan data siri masa dengan pendekatan kuantil
Authors: Muzirah Musa (P50027)
Supervisor: Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr.
Keywords: Penjejakan panjang-ingatan data siri
Panjang-ingatan data siri
Pendekatan kuantil
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 18-Apr-2014
Description: Kehadiran autokorelasi merupakan isu utama dalam analisis siri masa. Kebiasaannya autokorelasi lat antara data menyusut secara eksponen ke sifar. Apabila penyusutan ke sifar berlaku secara hipobolik, nilai cerapan akan kelihatan terus meningkat untuk suatu tempoh yang agak lama sebelum menyusut ke paras yang baharu. Penyusutan juga berlaku untuk tempoh yang juga agak lama sebelum meningkat semula. Fenomena sebegini dikenali sebagai panjang-ingatan. Kepentingan sifat panjangingatan ini banyak diperbincangkan oleh ramai penyelidik dari pelbagai disiplin ilmu. Selain keupayaannya mengambil kira data berkorelasi, pengetahuan tentangnya dilihat sebagai satu landasan ukuran keberkesanan perlaksanaan sesuatu rangka strategi kawalan. Sifat panjang-ingatan yang memperlihatkan ciri-ciri penskalaan boleh membawa ke arah penyediaan laporan pemantauan yang efektif dengan kerangka yang ringkas namun mempunyai maklumat yang menyeluruh serta mudah dicapai, sekali gus dapat meminimumkan kos pemantauannya. Kehadiran panjang-ingatan disukat berasaskan pekali Hurst yang boleh diperoleh dengan pelbagai kaedah. Kajian ini telah mengubahsuai sebahagian daripada kaedah yang ada menerusi pendekatan kuantil. Kaedah Nisbah serakan Berskala (NSB) dan kaedah Nyah-trend Bergerak (NTB) adalah dua kaedah ubahsuai yang dicadangkan dan keupayaannya diselidiki secara simulasi. Penerapannya ke atas data ozon yang di rekod bagi tempoh 9 hingga 12 tahun (1998-2009) untuk 34 buah stesen pemantauan kualiti udara di Semenanjung Malaysia juga turut dilakukan. Anggaran pekali Hurst yang diperoleh menggunakan kaedah ubahsuai memberikan hasil anggaran yang setanding dan lebih baik daripada kaedah sedia ada. Ini bermakna kaedah yang ditawarkan ini boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kaedah-kaedah yang sedia ada. Seterusnya menggunakan kaedah yang sedia ada dan kaedah ubahsuai, anggaran nilai pekali Hurst untuk stesen-stesen kajian dilakukan. Indeks Hurst Terlaras (IHT) yang dibina bagi menerangkan fenomena panjang-ingatan secara reruang, kemudiannya dipetakan ke seluruh Semenanjung Malaysia. Pemetaan dilakukan menggunakan kaedah Krige. Kajian ini mendapati pola kehadiran panjang-ingatan berlaku di kebanyakan kawasan bandar dan perindustrian di pantai barat dan beberapa kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Nilai anggaran pekali Hurst diperoleh adalah di antara 0.54 dan 0.99. Penerapan kaedah-kaedah ini, juga memperlihatkan perkaitan ciri-ciri penskalaan dan sifat swa-serupa dengan sifat panjang-ingatan. Ianya dirujuk kepada keserupaan dalam perlakuan turun-naik aras kepekatan ozon maksimum harian dalam selang masa kecil dan selang masa besar. Hasil kajian yang diperoleh adalah serupa dengan hasil kajian dari negara-negara lain.,PhD
Pages: 304
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.