Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519467
Title: Pengaruh gaya kepimpinan dan budaya organisasi terhadap perilaku dan prestasi pekerja Pejabat Kesihatan Bandar Pekanbaru, Riau, Indonesia
Authors: Kiswanto (P52921)
Supervisor: Jamaluddin Md. Jahi, Profesor Datuk Dr.
Keywords: Pengaruh gaya kepimpinan
Budaya organisasi
Perilaku pekerja
Prestasi pekerja
Pejabat Kesihatan
Bandar Pekanbaru
Riau
Indonesia
Leadership--Pakanbaru (Indonesia)
Issue Date: 30-Sep-2014
Description: Prestasi individu, prestasi kumpulan dan juga prestasi organisasi amat dipengaruhi oleh gaya kepimpinan dan budaya organisasi. Walaupun Jabatan Kesihatan di Kota Pekanbaru mempunyai visi dan misi yang jelas, masalah utama yang dihadapi adalah prestasi organisasinya yang masih belum optimum dalam meningkatkan kesihatan awam di kawasan jagaannya. Masalah ini tidak boleh dipisahkan daripada prestasi individu pekerjanya sebagai sumber manusia, yang masih rendah, disamping sumber-sumber lain. Objektif kajian ini adalah untuk: (1) menilai pengaruh gaya kepimpinan terhadap budaya organisasi, tingkah laku dan prestasi pekerja yang bekerja di Jabatan Kesihatan di bandar Pekanbaru; (2) menilai pengaruh budaya organisasi terhadap tingkah laku kerja dan prestasi kerja kakitangan dalam Jabatan Kesihatan di Bandar Pekanbaru, dan; (3) menilai pengaruh tingkah laku kerja terhadap prestasi pekerja yang bekerja di Jabatan Kesihatan di bandar Pekanbaru. Kajian ini dijalankan ke atas kakitangan di Jabatan Kesihatan dan Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) yang mempunyai seramai 722 orang pekerja di bandar Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia. Seramai 200 orang daripada mereka telah dipilih secara rawak berkadar (proportional random sampling) dalam soal selidik untuk memperoleh maklumat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan pemodelan persamaan berstruktur (Structured Equation Modeling /SEM) dengan perisian LISREL 8.8. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan mempunyai kesan yang signifikan dan positif terhadap budaya organisasi dan tingkah laku pekerja. Bagaimanapun, untuk prestasi pekerja, pengaruhnya adalah negatif. Budaya organisasi pula memberi pengaruh yang signifikan dan positif, untuk tingkah laku kerja. Walau bagaimanapun, kesannya terhadap prestasi pekerja tidak bermakna. Tingkah laku kerja memberikan kesan yang signifikan dan positif terhadap prestasi pekerja. Berdasarkan hasil kajian dapat dibuat kesimpulan bahawa untuk meningkatkan prestasi pekerja gaya kepimpinan adalah pembolehubah yang tidak langsung memberi kesan kepada merealisasikan prestasi pekerja, tetapi terlebih dahulu mesti melalui pembentukan tingkah laku kerja yang baik. Begitu juga budaya organisasi tidak dapat secara langsung meningkatkan prestasi pekerja, tetapi secara tidak langsung, budaya organisasi boleh meningkatkan prestasi pekerja sekiranya kelakuan pekerja dipertingkatkan terlebih dahulu. Gaya kepimpinan pula mempunyai pengaruh ketara dan positif ke atas budaya organisasi. Tambahan pula, budaya organisasi melalui pembolehubah perantaraan iaitu tingkah laku kerja, dijangka boleh menyumbang kepada meningkatkan prestasi pekerja. Oleh itu, untuk meningkatkan prestasi pekerja di Jabatan Kesihatan di Kota Pekanbaru, gaya kepimpinan dan budaya organisasi mesti mengarah kepada memperbaiki tingkah laku di tempat kerja, meningkatkan kepuasan kerja serta kesetiaan pekerja dan penglibatan dalam kerja. Sekiranya perkara tersebut dapat dicapai maka ia akan memberi kesan kepada peningkatan prestasi pekerja.,PhD
Pages: 223
Call Number: HD57.7 .K5487 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.