Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519443
Title: Wacana dan ideologi oksidental dalam iklan produk kecantikan wanita berbahasa Jepun
Authors: Maserah Shabudin
Supervisor: Prof Dr. Idris Aman
Keywords: Iklan produk
Kecantikan wanita
Ideologi oksidental
Berbahasa Jepun
Advertising Japan
Issue Date: 31-May-2012
Description: Secara umum, kajian wacana iklan pada masa kini boleh dikelompokkan kepada dua, iaitu kajian satu aras dan kajian multiaras. Bagaimanapun kajian-kajian mengenai periklanan cenderung kepada kajian satu aras. Kajian satu aras dalam kerangka linguistik lebih berlegar pada soal struktur dan isu kebahasaan tetapi kurang mengupas makna sosial atau ideologi yang tumpat di dalam wacana, selain analisis teoretis yang kurang mantap dan kurang memerihalkan aspek ekstra linguistik. Kajian multiaras pula, merupakan analisis wacana yang bersifat kritis, penginterpretasian tidak terhenti pada tahap isu kebahasaan, tetapi dilanjutkan kepada mencungkil proses sosial dan ideologi yang tertanam di dalamnya serta memanfaatkan wacana dalam bentuk linguistik dan semiotik. Justeru itu, kajian ini adalah kajian wacana multiaras yang bertujuan untuk mengenal, merumuskan dan menjelaskan ideologi yang tersirat dalam wacana iklan berbahasa J epun berasaskan gabungan ciri teks, semiotik dan sifat kewacanaan iklan tersebut. Data kajian ialah 24 wacana iklan produk kecantikan wanita berbahasa Jepun yang dikurnpul daripada media cetak iaitu majalah wanita Non-no. Kerangka pemikiran linguistik yang digunakan ialah 'bahasa dalam kehidupan sosial' serta memanfaatkan kerangka analisis wacana kritis tiga dimensi (analisis sosial, kewacanaan dan teks). Daripada hasil analisis dirumuskan bahawa 'wacana' iklan kecantikan bahasa Jepun, bukanlah sekadar wahana komunikasi dan maklurnat mengenai produk semata-mata yang dilihat secara jemih. Pada hakikatnya, wacana terse but mampu mencetus, membina dan menanam ideologi kecantikan oksidental. Ideologi tersebut mempengaruhi pemikiran, citra dan amalan pewacana dan sasarannya. Ideologi di dalam wac ana iklan yang dikaji memainkan peranan cukup besar dalam mencipta dan membentuk trend semasa 'imej kecantikan' wanita Jepun. Ideologi kecantikan oksidental itu dibuktikan daripada analisis sifat kewacanaan dan ciri teks berkenaan. Basil analisis kewacanaan menunjukkan bahawa wacana dihasilkan secara kreatif dengan memaksimurnkan kata serapan asing, intertekstualiti, interdiskursiviti serta beberapa aspek semiotik. Basil analisis teks pula, membuktikan bahawa wac ana kajian mengutamakan ayat aktif serta memperkirakan leksikalisasi pemberian kata lain, penggunaan kata berlebihan dan metafora. Dapat disimpulkan bahawa 'wacana iklan' bukanlah semata-mata struktur linguistik, komunikasi dan informasi mengenai sesuatu produk tetapi mampu menanam ideologi bagi mempengaruhi pemikiran serta citra pewacana dan sasarannya. Dengan menggunakan data bahasa Jepun, kajian ini mendedahkan keunikan bahasa tersebut serta memahami ideologi, citra dan budaya masyarakat negara maju tersebut.,Doktor Falsafah
Pages: 304
Call Number: HF 5825.M337 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.