Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519438
Title: Reaksi pemerintah dan penduduk terhadap pentadbiran British di Terengganu, 1919-1928
Authors: Izziah Suryani Mat Resad@Arshad Aha 040018
Supervisor: Koleksi Asia Tenggara
Keywords: Reaksi
Pemerintah
Penduduk
Issue Date: 29-Jan-2013
Description: Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh sentimen atau pegangan Islam dalam kalangan pemerintah dan penduduk Terengganu dalam menghadapi campur tangan British di Terengganu. Pegangan agama yang kuat menjadi unsur utama dalam mencorak tindak balas mereka terhadap campur tangan British di Terengganu, bukan sahaja di kalangan penduduk awam tetapi juga reaksi golongan pemerintah sebaik sahaja British campur tangan dalam pemerintahan Terengganu selepas Perjanjian Bangkok 1909. Sebagai muslim yang komited dengan ajaran Islam, mereka bertindak balas terhadap dasar British mengikut hukum yang ditetapkan oleh Islam. Kepatuhan kepada hukum sarna ada halal atau haram dan keyakinan kepada pahala dan dosa menyebabkan mereka menentang British, bukannya semata-mata kerana mereka tidak suka. Mereka dengan dipimpin oleh para ulama menggunakan cara yang dianjurkan oleh Islam dalam menangani hubungan dengan pihak British supaya mereka boleh meneruskan kehidupan dengan selesa tanpa melakukan dosa terhadap Allah S.W.T. Metode kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi metod pengkajian sejarah dengan mengaplikasi kaedah kajian kepustakaan. Pengumpulan sumber dan rujukan sejarah berkaitan dilakukan di Arkib dan perpustakaan-perpustakaan yang berkenaan, Untuk menganalisis data, penulis menggabungkan dua bentuk pendekatan iaitu pendekatan bersifat naratif dan pendekatan bersifat argumentatif supaya sesuatu peristiwa atau isu itu dapat dihuraikan dengan lebih jelas dan analitik sifatnya. Hasil kajian mendapati golongan pemerintah dan penduduk Terengganu bertindak balas mereka terhadap campur tangan dan penguasaan pihak British ke atas negeri mereka mengikut hukum yang terdapat dalam ajaran Islam. Pegangan agama yang kuat menyebabkan mereka mematuhi hukum Islam. Lebih-Iebih lagi dengan kedudukan para ulama telah mengisi 'ruang vakum' yang ditinggalkan oleh pembesar yang tidak lagi dilantik oleh pihak istana untuk menjadi penghubung antara rakyat dengan pemerintah. Situasi ini mewujudkan hubungan istimewa antara penduduk dengan ulama iaitu hubungan antara guru dan murid yang sangat istimewa dalam masyarakat Melayu. Sentimen atau pegangan Islam yang kuat dan kepatuhan murid kepada guru meningkatkan kesedaran dan menjadi pendorong dan penyebab utama yang mencetuskan penentangan penduduk Hulu Terengganu terhadap pihak British. Mereka tekad tidak mahu berdosa kepada Allah S.W.T dan bersedia menghadapi risiko dihukum oleh pihak Kerajaan. Walaupun begitu, pada masa yang sarna para ulama ini mencari cara atau alternatif untuk mengelakkan mereka daripada menerima hukuman. Hasil kajian juga mendapati bahawa penentangan penduduk Hulu Terengganu 1928 bukannya pemberontakan atau perderhakaan terhadap Kerajaan Terengganu. Sentimen anti kafir ditangani dengan bijaksana oleh para ulama. Tragedi di Padang Kachung berlaku secara spontan untuk mernpertahankan diri, bukannya rancangan yang disusun dengan teliti. Mereka mahu membincangkan hal kesusahan mereka dengan Sultan Terengganu supaya baginda mempertimbangkan peraturan baru yang bukan sahaja menyusahkan kehidupan mereka, tetapi juga melibatkan dosa dan pahala serta hukum halal dan haram.,Sarjana Doktor Falsafah
Pages: 398
Call Number: DS598.T47.I998 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.