Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515835
Title: Faktor-faktor risiko yang mempengaruhi keciciran rawatan susulan penyakit kemurungan dalam kalangan warga tua
Authors: Abdul Rashid Khan Md. Jagar Din (P38157)
Supervisor: Rahmah Mohd Amin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Penuaan
Kemurungan
Warga tua
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 19-Sep-2011
Description: Faktor penuaan penduduk akan memberi kesan terhadap sistem kesihatan negara. Hanya sepuluh peratus daripada warga tua yang memerlukan rawatan untuk masalah mental mendapatnya dan hampir 50% daripada mereka cicir rawatan. Tidak ada kajian sebelum ini yang pernah dilakukan untuk mencari faktor-faktor risiko keciciran rawatan kemurungan dikalangan warga tua. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji faktor faktor risiko keciciran rawatan susulan penyakit kemurungan dikalangan warga tua. Rekabentuk kajian ialah kes kawalan menggunakan dua kumpulan kawalan. Kumpulan kes terdiri daripada 148 orang yang telah keciciran rawatan susulan dalam masa sebulan daripada tarikh temujanji atas sebab lain daripada kematian. Kumpulan kawalan pertama terdiri daripada 148 pesakit kemurungan wargatua yang akur rawatan dan kumpulan kawalan kedua terdiri daripada 148 pesakit psikiatrik selain daripada kemurungan yang juga akur rawatan. Responden telah diambil dari hospital Alor Setar, Sungai Petani, Bukit Mertajam dan Pulau Pinang. Analisa kuantitatif dibuat menggunakan SPSS versi 13 manakala analisa kualitatif dibuat secara manual menggunakan analisis tema. Faktor pekerjaan, tahap pendidikan, pendapat keluarga tentang penyakit pesakit, pendapat responden terhadap sokongan keluarga, persepsi responden tentang sokongan keluarga, sejarah penyakit kemurungan keluarga, kos rawatan, persepsi diberi pilihan memilih doktor, faktor kesan sampingan ubat rawatan, pilihan rawatan komplimentari, kesedaran dan persepsi penyakit oleh responden telah didapati signifikan. Lima faktor risiko keciciran rawatan susulan kemurungan telah dikenal pasti melalui analisis regresi logistik. Persepsi penyakit yang negatif (OR=7.64), persepsi tentang sokongan keluarga (OR=8.95), kesedaran tentang penyakit yang dihadapi (OR=5.77), pekerjaan (OR=2.97) dan pilihan jenis rawatan (OR=12.20) telah memberikan hubungan yang bermakna. Secara keseluruhannya perkhidmatan yang komprehensif dan berintegrasi di setiap peringkat penjagaan kesihatan dengan penglibatan setiap ahli keluarga dan mengambil kira pendapat pesakit tentang pelan rawatan akan dapat mengurangkan kadar keciciran di kalangan pesakit kemurungan warga tua dengan mengubah persepsi pesakit.,Ph.D.
Pages: 215
Call Number: WM171.A136f 2011 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97262+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
180.57 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.