Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515806
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Rizal Hj. Abdul Manaf, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Fareed A Rahman (P51705)-
dc.date.accessioned2023-10-16T09:31:15Z-
dc.date.available2023-10-16T09:31:15Z-
dc.date.issued2014-01-06-
dc.identifier.otherukmvital:80191-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515806-
dc.descriptionPrevalens obesiti dan berat badan berlebihan di peringkat global dan tempatan semakin meningkat kesan daripada pembangunan yang pesat dan peningkatan ekonomi yang tinggi. Selain itu, kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kadar mortaliti dan morbiditi serta menjejaskan kualiti hidup populasi terlibat. Kajian ini bertujuan untuk memvalidasi alat pengukuran spesifik kualiti hidup bagi obesiti, mengenalpasti tahap kualiti hidup dalam kalangan mereka yang obes dan berat badan berlebihan dan faktor-faktor yang berhubungkait dengannya. Kajian dimulakan dengan validasi soal selidik melibatkan seramai 120 orang sampel. Seterusnya, kajian keratan rentas perbandingan di antara golongan obes, berat badan berlebihan dan normal membabitkan seramai 1200 responden telah dijalankan di klinik-klinik kesihatan di Selangor. Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik Short Form 36 (SF-36) dan Impact of Weight on Quality of Life-Lite versi Bahasa Melayu (MVIWQOL-Lite). Kajian temubual mendalam ke atas sepuluh responden obes juga telah dilakukan bagi meneroka impak obesiti. Analisa mendapati soal selidik MVIWQOL-Lite mempunyai konsistensi dalaman yang baik dengan nilai Cronbach's alpha 0.936. Analisa juga mendapati golongan obes memperolehi skor min paling rendah bagi setiap domain SF-36 dan MVIWQOL-Lite. Skor min PCS (SF-36) bagi obes adalah paling rendah (42.97±7.85) berbanding berat badan berlebihan (46.03±7.82) dan normal (49.23±6.65) (p<0.001). Walau bagaimanapun, skor min MCS (SF-36) tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara obes (46.85±8.63), berat badan berlebihan (47.77±8.66) dan normal (47.69±8.12) (p=0.235). Skor min bagi jumlah MVIWQOL-Lite menunjukkan perbezaan yang signifikan antara obes, berat badan berlebihan dan normal masing-masing dengan skor sebanyak (69.99±17.54), (81.27±16.24) dan (88.64±14.22) (p<0.001). Analisa regresi linear berbilang menunjukkan faktor peramal dalam kalangan obes adalah jantina, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, status pekerjaan, pengambilan alkohol dan kewujudan penyakit kronik manakala faktor peramal dalam kalangan berat badan berlebihan pula adalah taraf perkahwinan, jumlah pendapatan, aktiviti fizikal dan penyakit kronik (p<0.05). Strategi meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan obes dan berat badan berlebihan perlu mengambilkira faktor-faktor risiko yang mempengaruhinya seperti golongan wanita, mereka yang telah berkeluarga dan berpendidikan rendah di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat secara berterusan. Penglibatan individu dan komuniti dalam pencegahan obesiti juga perlu dipertingkatkan. Selain itu, penyediaan polisi dan perkhidmatan kesihatan yang khusus bagi obesiti juga perlu disegerakan.,The prevalence of obesity and overweight globally and locally are on the rise as a result of rapid industrialization and high economic growth. Furthermore, both conditions are associated with increased morbidity and mortality including impairment of quality of life among obese and overweight. This study aims to validate a specific quality of life measurement tool for obesity, to identify the quality of life among obese and overweight and its associated factors. A preliminary validation study was conducted involving 120 samples. Comparative cross sectional study was then performed among obese, overweight and normal adults in Selangor health clinics with 1200 respondents involved. Data was obtained through self-administered questionnaires namely the Short Form 36 (SF-36) and the Malay version of the Impact of Weight on Quality of Life-Lite (MVIWQOL-Lite). Qualitative approach using indepth interview was also done on ten obese respondents to explore impact of obesity. The MVIWQOL-Lite questionnaire showed good internal consistency with Cronbach's alpha of 0.936. Analysis showed that obese had the lowest mean score among the three groups for each domain of SF-36 and MVIWQOL-Lite. Mean score of PCS (SF-36) was significantly lower in obese (42.97±7.85) as compared to overweight (46.03±7.82) and normal (49.23±6.65) (p<0.001). However, mean score of MCS (SF-36) did not differ significantly among obese (46.85±8.63), overweight (47.77±8.66) and normal (47.69±8.12)(p=0.235). Total MVIWQOL-Lite mean score showed significant difference for obese, overweight and normal individuals with scores of (69.99±17.54), (81.27±16.24) and (88.64±14.22) respectively (p<0.001). Multivariate linear regression analysis showed that the predictive factors among obese are gender, marital status, education level, working status, alcohol intake and presence of chronic illness while among the overweight, the predictive factors are marital status, monthly household income, physical activities and having chronic illness (p<0.05). Quality of life among obese and overweight individuals need to be improved by having strategies targeted towards its influencing factors such as female, married and having lower education while continuing to promote healthy lifestyles. Individual and community participation in obesity prevention must be improved. Provision of obesity specific policies and health services need to be expedited.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectObes-
dc.subjectBerat badan berlebihan-
dc.subjectPublic health-
dc.titleKajian kualiti hidup dalam kalangan individu obes dan berat badan berlebihan di negeri Selangor-
dc.typeTheses-
dc.format.pages247-
dc.identifier.callnotesis WA20.5.A286k 2014 9HUKM-
dc.identifier.barcode001139-
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80191+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.