Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515592
Title: Hak beragama bagi kanak-kanak: kajian menurut perundangan di Malaysia
Authors: Redwan Yasin (P86249)
Supervisor: Noor Aziah Mohd Awal, Prof. Dato'
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Freedom of religion
Liberty of conscience (Islam)
Issue Date: 23-Sep-2021
Description: Kebebasan beragama adalah merupakan hak asasi yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (PP). Akan tetapi di bawah Perkara 12(4) PP menetapkan bahawa agama kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapa atau penjaga. Permasalahan yang berlaku apabila Pelanggaran terhadap hak beragama kanak-kanak berlaku akibat tindakan ibu bapa mualaf mengislamkan kanak-kanak tanpa mengikut tatacara yang diperuntukkan oleh undang-undang. Permasalahan lain yang wujud ialah mengenai batasan yang dikenakan terhadap kanak-kanak untuk menikmati hak-hak lain yang terangkum di bawah kebebasan beragama seperti hak mengamalkan dan sebagainya. Isu pelanggaran hak beragama bagi kanak-kanak di Malaysia sentiasa mendapat perhatian undang-undang hak asasi antarabangsa. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tentang pandangan Islam dan pengamalan undang-undang Malaysia mengenai hak kebebasan beragama bagi kanak-kanak. Di samping itu, penyelidikan juga bertujuan mengkaji peruntukan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak 1989 (CRC 1989) mengenai kebebasan beragama. Matlamat akhir penyelidikan adalah untuk menganalisis perspektif informan mengenai hak beragama bagi kanak-kanak di Malaysia. Kaedah kajian kualitatif digunakan bagi kajian ini dan disesuaikan dengan metode kajian undang-undang. Data-data yang dikumpul telah dianalisis melalui metode analisis kandungan. Data temu bual telah dianalisis menggunakan perisian NVivo 12 bagi mendapatkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hak beragama bagi individu di bawah umur lapan belas tahun adalah ditentukan sepenuhnya oleh ibu bapa. Manakala menurut pandangan Islam, tahap baligh dan berakal adalah penanda aras bagi kelayakan kanak-kanak untuk menganut dan mengamalkan ajaran keagamaan. Kajian mencadangkan agar pemerkasaan undang-undang yang selaras dengan hak dan tanggungjawab ibu bapa perlu dilakukan agar perlindungan optimum bagi hak beragama dapat diberikan kepada golongan kanak-kanak.,Ph.D.
Notes: e-tesis
Pages: 332
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124076+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
944.45 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.