Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515581
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAsma Hakimah, Dr.-
dc.contributor.authorWan Amir Azlan Wan Haniff (P91378)-
dc.date.accessioned2023-10-16T08:56:04Z-
dc.date.available2023-10-16T08:56:04Z-
dc.date.issued2020-03-16-
dc.identifier.otherukmvital:122768-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515581-
dc.descriptionCrowdfunding' Ekuiti (ECF) telah muncul sebagai suatu alternatif untuk Industri Kecil dan Sederhana serta start-up (Penerbit) bagi mengumpul dana dengan cara menjual sekuriti kepada masyarakat awam menggunakan platform berasaskan portal dalam talian (Platform ECF). Individu yang melabur dalam perusahaan penerbit digelar pemegang ekuiti (Pelabur). Sejak pengenalan rangka kerja pengawalseliaan ECF oleh Suruhanjaya Sekuriti pada tahun 2015, jumlah kutipan dana yang berjaya diraih melalui platform ECF meningkat tahun demi tahun dan ini termasuklah jumlah penerbit yang berjaya mencapai sasaran kutipan dana. Namun, jumlah ini menurun pada tahun 2018. Ini terjadi, antara lain disebabkan oleh masalah pemilihan buruk dan bahaya moral yang berlaku disebabkan masalah maklumat asimetrik. Maklumat asimetrik menyebabkan berlakunya isu-isu seperti penipuan, ketidakcekapan, risiko projek dalam kalangan penerbit sehingga menjejaskan kepentingan para pelabur.Kajian ini menganalisis peraturan pengawalseliaan ECF sedia ada di Malaysia dalam mengurangkan masalah pemilihan buruk dan bahaya moral, cabaran-cabarannya, serta membuat kajian perbandingan dengan merujuk United Kingdom sebagai salah satu negara termaju dalam pasaran ECF. Seterusnya, kajian ini memperkenal teori dan konsep ECF patuh-Syariah, potensi serta cabaran-cabaran pelaksanaannya, serta mengusul kaedah dan instrumen pematuhan Syariah dalam ECF dan menyorot cabaran-cabaran yang timbul melalui maklumat asimetrik yang membawa kepada berlakunya pemilihan buruk dan bahaya moral. Akhir sekali, cadangan-cadangan penambahbaikan patuh-Syariah supaya pasaran ECF dapat terus berkembang dan menjadi piihan masyarakat negara.Penyelidikan kualitatif ini menggunakan data primer dan sekunder yang diperolehi daripada pangkalan data saintifik dan penyelidikan perpustakaan seperti garis panduan, akta-akta, buku-buku, artikel-artikel, laporan dan duluan mengenai peraturan pengawalseliaan ECF. Kaedah analisis data adalah secara jurispruden, sejarah, perbandingan, kajian kes prospektif dan kajian kes. Hasil kajian ini mencadangkan antara lain, memasukkan peruntukan dalam garis panduan keperluan pemberian dana secara berperingkat-peringkat, kemudahan mengenakan tindakan undang-undang ke atas penerbit, pengenalan pasaran sekunder efektif serta kontrak insentif-serasi dan pembiayaan melalui musyarakah mutanaqisah.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEquity -- Law and Legislation -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePeraturan pengawalseliaan crowdfunding ekuiti di Malaysia dalam isu adverse selection dan moral hazard-
dc.typeTheses-
dc.format.pages418-
dc.identifier.callnoC41.WAN 2020 2 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122768+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.